Wednesday, October 28, 2009 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 4: KENDURI HAFEZ & NORIDAH

Pada ahad yang lepas, sy mendapat jemputan ke majlis perkahwinan kawan seofis iaitu Hafez & Noridah kat Yong Peng.
So, sy, khai & abeng berkongsi kenderaan ke sana..Kami bertolak sekitar 11am.Malangnya, kami diuji dengan kenderaan rosak. Dalam perjalanan itu, kedengaran bunyi enjin krut krut krut dan mengeluarkan bau hangit. Kami berhenti di kilometer 12.9 highway PLUS. Rupenya2, kereta milik ayah khai mengalami masalah bearing enjin pecah. Last2 kena tarik ngan Tow truck sampai ke worksyop kat Muar.Kena caj dalam RM150 le jgak..
Tunggu punya tunggu, Mekanik tue inform enjin nie siap repair dalam seminggu...Sebab nak wat major repair...So, melepas la kiteorang nak makan nasi minyak..Mujur la khai ada sedara kat Muar..Kiteorang pinjam keta Kancil sedara die balik JB. Tragis sungguh citer nie.huhuhu..
Moral of the story: Berhati2 di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.
Kepada Hafez & Noridah: Selamat Pengantin Baru. Moga bahagia hingga ke akhir hayat.

Wassalam
Gambar pengantin (Ihsan dari kawan2 yang pergi)

INFO 5: YAYASAN AL-IJABAH

Salam..
Yayasan Al Ijabah ini diasaskan oleh Ustaz Amin untuk menjaga kebajikan anak2 yatim Al Ijabah dan membantu pesakit2 AIDS di Darul Ukhuwah..So, sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menyumbang ke akaun CIMB seperti yang tertera di bawah.Makluman lanjut bolehlah ke http://www.ustazamin.com/
"Bersatu kita berbakti demi membela nasib mereka yang memerlukan"
Wassalam
".
Tuesday, October 27, 2009 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 3: KEJOHANAN BADMINTON INTER RND

Beberapa bulan yang lepas, sy berpeluang menyertai kejohanan badminton RND 2009. Memang la nak banding dengan Dato' Lee Chong Wei, memang la jauh panggang dari api..Yang datang semuanya hebat2 belaka..Tapi apa salahnya mencuba. Hasil usaha dan tanpa putus asa, kumpulan sy telah bergelar juara keseluruhan. Alhamdulillah...So, disini dipaparkan beberapa gambar kenangan di kejohanan tersebut.

" Kejayaan bermula dengan usaha, usaha itu bermula dengan niat".

Wassalam.
Gaya seorang juara..hehe

PROGRAM 2: BON ODORI FESTIVAL

Pada kali ini sy ingin menceritakan perkaitan antara BON ODORI & SARDIN...
BON ODORI adalah suatu festival kebudayaan Japan. Manakala , Sardin pula adalah makanan dalam tin pilihan utama bagi mereka yang bujang dan student ..Sardin ini ada macam2 jenis. Kalau kat Johor nie terkenal dengan sardin Botan & sardin Cinta.. Bukan itu perkara utama yang ingin sy ceritakan.
Pada tanggal 24/10/09 yang lalu, saya dan beberapa rakan2 ofis berpeluang ke festival Bon Odori nie.. Festival ini bermula pada jam 5pm ~ 9pm..Terima kasih kepada boss, Mr Eguchi kerana sponsor beberapa kupon dan tiket cabutan bertuah2..
Memang ramai org yang datang semata2 ingin menunggu pengumuman cabutan bertuah..Hadiah2 yang ditawarkan sgt2 lumayan.. Dalam fikiran sy dah terbayang TV PLASMA VIERA 42 inci..hehe.. Pengumuman pun dibuat..Alhamdulillah, no bertuah saya 1705 diundi mendapat hadiah tempat ke 13..Ok ape...Maybe dapat periuk nasi, bisik hati kecilku....Last2 gi kat kaunter redeem...Tetiba wanita jepun yang jaga kat kaunter tu dengan selambanya bagi sardin KING CUP. 2 tin kecil, 1 tin besar..hehehe.adooi..punah harapan ku..Tapi syukur sgt2 dapat sardin sebab ramai gak yang x dapat apa2..

"Di saat kita tidur dalam kekenyangan, ramai lagi insan yang tidur dalam kelaparan.Fikir2 kan."..

Wassalam
Saturday, October 24, 2009 0 comments By: Wan Remz

INFO 4: KEINDAHAN ALAM

Allah menjadikan alam nie bagi kita bersama2 melihat kebesaran-NYA..Dengannya, kita dapat mengambil iktibar dan bersyukur. Jadi semasa XPDC jalan2 cuti malaysia ke MELAKA baru2 nie, sy sempat merakamkan panorama indah langit di waktu senja..Memang mengagumkan.. :)
"Lihatlah sesuatu dengan mata hati, kerana mata hati itu lebih tulus & tajam pengamatannya"
Wassalam.

INFO 3: SENYUM

Senyum dapat menzahirkan berbagai makna yang tersurat di dalam hati kita.Senyum dapat menyampaikan mood anda ketika itu secara tidak langsung. Ada orang gumbira, die senyum...Sampai nampak gigi plak tu..Ada yang senyum-senyum kambing, biasanya orang macam nie die ngada2 siket..Dan ada orang senyum perli. Kalu nak tau senyum perli, tgk orang tu kalu senyum mulut tertutup, pastu herot ketepi sket...dan Ada orang yang senyum n tetiba nangis2..jauhi la orang nie, maybe die ada harapan menjadi kurang waras yer.hehe.Walaupun pelbagai definisi dikaitkan tentang senyum,yang penting senyumlah hari2 kerana senyum itu adalah sedekah dan Rasulullah S.A.W sendiri pun selalu tersenyum...

"Yang baik jadikan amalan, yang buruk jadikan sempadan"
Wassalam..
Friday, October 23, 2009 0 comments By: Wan Remz

INFO 2: TAIPING, PERAK....

Berdasarkan buku geografi Tingkatan 3 m/s 56 menyatakan Taiping adalah bandar yang paling lembab di Malaysia...Asyik hujan jer.. So, suhu kat sini memang nyaman... Sejarah Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Banyak tempat yang boleh dilawati di sini. Antaranya, Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut... kalu nak melawat MRSM TAIPING pun boleh..hehe..Ape lagi CUTI2 mALAYSIA lahh.KEJORR YOPP KEJORR.. Gambar sy berlatangbelakang panaroma indah Taman Tasik Taiping.
Tuesday, October 20, 2009 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 1: JAPAN FESTIVAL WEEK

Beberapa bulan lepas, Mr Eguchi ada bagi tiket free ke Japan Festival Week kat JB. Festival ini dianjurkan JOHOR JAPAN CLUB. So, malam tue sy dan hsmate berpeluang pegi melawat ke situ. Memang best. Di situ ada pameran makan2 JEPUN, tarian Jepun dan permainan Jepun. Boss2 PCM macam Nakamura san dan Matsuo san begitu sporting mengendalikan booth Permainan Jepun. So, harap2 next year boss dapat sponsor tiket lagi. TQ.



Saya bersama2 Nakamura san, hsmate & Ono san