Sunday, November 29, 2009 0 comments By: Wan Remz

INFO 8: NUR KASIH & IMPAKNYA

Drama popular NUR KASIH di TV3 telah melabuhkan tirainya pada 27/11/09 yang lalu. Episod akhir nie menjawab segala teka teki konflik cinta antara ADAM, AIDIL, LIYA, SARAH dan NUR. Ternyata cinta NUR untuk ADAM jua..Chewahh jiwang le plak.. Ternyata drama nie telah membawa fenomena besar kepada jutaan penonton di Malaysia. Keistimewaan drama ini ialah memaparkan suatu realiti kehidupan dengan disuntik dengan elemen Islamic. Kemunculan drama yang ber'genre" seperti nie ternyata membawa impak yang positif kepada lapisan masyarakat. Dikala masyarakat kita disogokkan dengan terlalu banyak drama dan filem berorentasikan gejala sosial seperti rempit, pelacuran dan sebagainya, drama nie ternyata dapat memaparkan keindahan Islam itu sendiri. Hubungan kekeluargaan juga sangat indah di dalam drama ini. Dengan latar belakang sinematografik hebat hasil garapan pengarah Khabir Bhatia dapat menaikkan lagi mood dalam drama nie. Cinta ni adalah hak milik setiap insan. Tetapi bagaimana kita membawa cinta itu dengan mengikut lunas2 syarak..Itu yang lebih penting..
Tahniah diucapkan kepada produksi Nur Kasih. Semoga dapat menghasilkan drama2 yang berkualiti seperti Nur Kasih lagi di masa2 yang akan datang.
Terima Kasih..Wassalam.
Saturday, November 21, 2009 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 6: MC DI MECHA UNITED DINNER

Pada 12 october 2009 yang lepas, sy berpeluang mengacarakan Mecha United Dinner yang buat julung2 kalinya diadakan. Program disertai oleh semua seksyen Mekanikal di RND Panasonic Senai. Program ini diadakan di PALM VILLA GOLF RESORT..Dinner ini disertai oleh 50 orang termasuk boss iaitu Mr Eguchi and Mr Yamamoto. Bermula dari jam 7.30pm hingga 9.30pm. Dinner kali ni bukan makan semata2, tetapi diselitkan dengan games dan lucky draw..Memang gamat dewan dibuatnya dengan telatah2 mereka.Program ni ternyata dapat membantu mengeratkan ikatan persahabatan sesama staf mekanikal..Moga2 ada lagi la MECHA UNITED DINNER yang ke 2 nanti. Berikut adalah beberapa gambar kenangan semasa majlis tersebut:

Antara "mangsa" yang kena dera dengan MC malam tu

"Selamat Datang"

Gambar kenangan bersama di akhir majlis..

Sunday, November 15, 2009 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 5: TADIKA ANUGERAH DIDIK GRADUATION DAY

Pada 15/11/2009, sy telah dijemput menjadi MC oleh Pengetua Tadika Anugerah didik bagi mengendalikan PROGRAM "GRADUATION DAY 2009".Ini adalah kali pertama jadi MC untuk program luar. Biasanya jadi MC untuk dinner PCM_FAX Mecha jer. Perasaan nervous memang la ada.Tapi niat nak belajar & dapat pengalaman baru dalam bidang pengacaraan nie..Chewahh.

Program ni berlangsung seawal 10am sehingga 12pm. Ramai yang datang terutamanya ibu-bapa dan ahli keluarga. Nie kiranya batch pertama yang graduate. Bermula dengan nyayian LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI JOHOR, LAGU KRISTA & LAGU JALUR GEMILANG dabn diikuti dengan bacaan ikrar rukun negara.Kemudian, agenda majlis diteruskan dengan acara penyampaian sijil dan cenderahati. Bagi menggamatkan lagi suasana, ada slot persembahan pelajar. Wah, memang best melihat telatah mereka membuat persembahan.. Antara persembahan yang mendapat perhatian ialah tarian hindustan dengan diiringi lagu Kol Mil Gaya & Ladhi badi ann janihee..MC pun rasa macam nak menari gak..hehe..Memang best..Di ujung majlis , pengetua, cikgu2 dan seluruh pelajar menyanyikan Lagu RASA SAYANG & GELANG SI PAKU GELANG..Dan tidak lupa jugak Majlis meraikan pelajar2 yang menyambut Hari Jadi pada bulan Nov & Disember..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sy juga dapat menimba pengalaman yang baru..Semoga program nie akan dapat memberi manfaat kepada semua.
WASSALAM.
Wednesday, November 4, 2009 0 comments By: Wan Remz

INFO 7: TABUNG GEMPA BUMI SUMATERA

Baru2 ini, seluruh dunia dikejutkan dengan kejadian Gempa Bumi yang dasyat di Indonesia. Gempa bumi Sumatera Barat 2009 terjadi dengan kekuatan 7,6 Skala Richter di pantai Sumatera Barat pada pukul 17:16:10 WIB tanggal 30 September 2009. Gempa ini terjadi di lepas pantai Sumatera, sekitar 50 km barat laut Kota Padang.Gempa menyebabkan kerosakan parah di beberapa wilayah di Sumatera Barat seperti Kampung Padang Pariaman, Kota Padang, Kampung Pesisir Selatan, Kota Pariaman, Kota Bukit tinggi, Kota Padang Panjang, Kampung Agam, Kota Solok, dan Kampung Pasaman Barat.
Menurut data dari pihak kerajaan Indonesia, seramai 1,115 orang meninggal akibat gempa ini, luka parah mencapai 1,214 orang, luka ringan 1,688 orang dan yang hilang 1 orang. Ratusan ribu rumah jugak rosak teruk dan ramai yang hilang tempat perlindungan. Daripada statistik yang dasyat ini, moga2 terdetik rasa simpati di dalam jiwa kita.
Oleh itu , ayuh bantulah mereka dengan hulurkan sumbangan..Pihak NSTP & MEDIA PRIMA telah melancarkan TABUNG GEMPA. Jika ada rezeki lebih tue, marilah bersama2 menyumbang melalui akaun MAYBANK: 514105-320757 ...
TERIMA KASIH..
"Hari ini hari mereka diuji ALLAH, mungkin bsok lusa hari kita pula".
Semoga Allah menjauhkan negara kita dari bencana ....Wassalam
Info dipetik dari:

INFO 6: KELANTAN OH KELANTAN

Bila sebut tentang Kelantan,pasti ada yang terfikir tentang wau bulan,kepok lekor, musim tengkujuh, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan berbagai2 lagi..Tapi itu bukan bingkisan utama yang ingin dipaparkan kali nie...

Yang pertamanya..Dalam bulan November banyak betul cerita tentang Kelantan. Pasukan Bola Sepak Kelantan mengakhiri penantian selama 40 tahun untuk memasuki Final Piala Malaysia..Pada tahun terakhir, Kelantan layak ke final, pasukan itu kalah 2-0 kepada PERAK...Kali ni 2009, Kelantan akan bertemu dengan pasukan Jang iaitu negeri Sembilan..Dengan motto, GOMO KELATE GOMO, semoga Kelantan sukses merangkul Piala Malaysia..

Yang Keduanya...Ini cerita tentang Kawan baik saya sejak zaman belajar lagi iaitu En Azrul Hisham..Beliau akan melangsungkan majlis perkahwinan dengan pilihan hatinya, Yeen..InsyaAllah, maybe sy dan beberapa kawan lain akan ke sana bagi memeriahkan suasana..hehe..Sambil2 tue bleh jalan2 Ganu & Kelate..Dah lama rasanya x jalan2 ke pantai Timur..Apepun..semoga berbahagia selalu yer cik jer..Nak tau info tentang program nie, nanti akan diceritakan lebih lanjut dalam naskah blog yang akan datang..Tungguuu!!!..
Wassalam....