Wednesday, January 6, 2010 By: Wan Remz

INFO 9: "TRAGEDI" DI IMIGRESEN.

Pada 1/1/2010 yang lalu, sy begitu bersemangat untuk membuat passport. Tujuan utama ialah untuk menjelajah ke negara jiran Singapore.. Sanggup ambil leave i hari tu..Nekad abes..Sepanjang 7 tahun kat johor tak pernah lagi berpeluang ke Singapore..So, ari tu sy bangun seawal 5 pagi..Siap2 dan selepas subuh terus ke imigresen di Pekan Rabu..Dalam fikiran saya, harap2 dapatlah no giliran yang terawal...at least 10 teratas..Yer la hari cuti umum sure ramai orang nak renew passport nyer la.nak wat passport baru la....
Saya tiba di Pekan Rabu tepat jam 6.30am (awal tue)..Tidak disangka2, ramai betul orangnya..No giliran sy 273...pERGGH rasa nak nangis diwatnya..Urusan sehingga passport siap adalah sehingga jam 4 pm..Nak tau tak , brother yang dapat giliran yang pertama tunggu di depan kaunter seawal 3.30 am..Dasat2..
Inilah tragedi di pagi Jumaat di tahun baru 2010..huhuhu..Tensen..tensen..tensen..

Moral: Untuk dunia, manusia sanggup bersusah payah untuk mengejarnya.Sanggup tunggu berjam2.Tetapi untuk akhirat, hatta untuk mengerjakan solat sunat Tahajud 2 rakaat pun rasa berat sekali..Sedangkan untuk bertemu dan mengadu nasib pada Allah tidak memerlukan temujanji & amek no.giliran pun..Semoga Allah sentiasa membimbing saya dan anda sekalian untuk sentiasa memburu kelebihan di akhirat.Renung-renungkan dan selamat beramal...Amin.

"SABAR ITU ADALAH SEPARUH DARI IMAN"
Wassalam..

0 comments:

Post a Comment