Monday, February 8, 2010 By: Wan Remz

PROGRAM 15: PROGRAM JELAJAH KOTA SINGA

Pada tanggal 22 SAFAR 1431 bersamaan 7/2/2010 (AHAD)

Sy, Khai, Azrul & Abeb berpeluang menjelajah ke bumi singapura..
So,cadangnya nak ke Pulau Sentosa..Money change: RM150=$61.98sin..
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman di sana..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
6am: Dah bangun & Solat
8.30am: Breakfast kat Safiah Mamak. Pekena Roti Canai + Teh Tarik
9.15 am: Gerak ke City Square JB and parking..
10.15 am: Gerak dari CIQ JB ke CIQ woodland dengan naik bas CW2 causelink..Tiket:RM2.50..
10.30am: Sampai di CIQ woodland..KASTAM check.
10.35am: Gerak ke BUGIS town dengan bas CW2 Causelink..
11.00am; Sampai ke Bugis Town..Amek MRT ke Raffless Place..Tiket 1.20$sin.
11.10am: Sampai di Raffless Place. Bandar ni dikelilingi oleh bangunan pencakar langit.
Antaranya MAYBANK building..Kami jalan2 ke tugu MERLION..
So, dari sini boleh lihat Esplanade dan bangunan Hotel Genting 3 menara yang under
construction.Wow!
11.45am: Ambil MRT ke Harbour Front. Interchange kat Outram Park. TIKET: $1.40 sin.
12.15pm: Tiba di harbour Front. DIsitu, ada VIVO city..Pasaraya terbesar di singapura..Ronda2 dan jalan2 di tingkat paling atas..Di situ, ada ruang2 ala2 taman dan boleh melihat ke laut.Dari situ dapat lihat Pelabuhan Singapura yang bz tue..Banyak betul kapal2 Tanker dan kapal persiaran yang berlabuh.
12.45pm: Bergerak ke Pulau Sentosa dengan monorel di tingkat atas VIVO city tue..Tiket:$3.00sin.
1.00pm: Tiba di Pulau Sentosa.Ada tiga seksyen yang utama: Beach station, Imbiah Station & Waterfront Station..Hari tu kami plan jelajah Beach Station jer..
1.15pm: Berjalan2 di PALAWAN BEACH. Yang bestnya pantai ini ada jambatan gantung ke menara tinjau.Best giler..Dari menara ni, kita dapat melihat kapal2 tanker dan suasana sekitar BEACH station.
Bagi mereka yang tak larat nak jalan, kemudahan TRAM train disediakan..
3.20pm: Bergerak ke Sisolo Beach dengan TRAM
3.40pm: Jalan2 di Fort Siloso..Tiket $8 sin...x masuk pun..jalan2 kat Waterworld..Tiket $22 sin..x masuk jugak..Memang mahal ~RM44 le jgak..
4.00pm: Berehat di Imbiah monorel station.
4.30pm: Kembali ke beach station.Main game LUGE RIDE * SKY RIDE...Tiket $11 Sin...Memang gayat tapi seronok..Naik SKY RIDE sampai atas bukit..Pastu, turun dengan LUGE ride..Kereta ni very simple..Kalau tolak paddle, keta jalan..Kalau tarik paddle, keta brek..So,xda la brek kaki..Bestt..
5.30pm: Times to go back. Bertolak dengan monorel ke VIVO city..Jalan2 jap tgk gadjet elektronik..
5.40pm: Amek MRT bertolak ke BUgis..
5.50pm: Sampai di Bugis..Solat asar di Masjid Sultan...Pastu makan2 kat Cafe Raffles Hospital..Nasi ayam roaster..Nyum2...Harga $3.5 sin...
6.30pm: Berangkat pulang dengan bas dari Bugis Bas station ke woodland.$2.40 sin..
7.30pm: Sampai di Tanahairku tercinta...MALAYSIAAAAAA..

Mission accomplish..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Moral dari trip kali ni:

1: Banyakkan bersyukur
Di singapura, sangatlah sukar nak mencari surau/masjid...Pengamalan, perkembangan dan kemudahan utk agama Islam di sana sgt terbatas ..Azan pun x bleh loud speaker..
Alhamdulillah..di Malaysia mudah..Sehinggakan di CIQ JB pun ada surau yang sgt selesa...Tetapi orang yang mengimarahkannya sgt kurang..Bersama2 la menjadi umat Islam di Malaysia yang bersyukur..Sementara nikmat Allah untuk mudah beramal ada, gunakanlah sebaiknya..Jika kita diuji seperti di Singapura, adakah kita akan semakin dekat Allah @ semakin jauh dengan Allah?.Yang dirisaukan anak cucu kita akan datang hanya mengenali masjid hanya sebagai tempat sejarah dan lawatan sahaja..Moga ALLAH terus merahmati dan membimbing kita dan saudara2 Muslim kita di singapura..Tepuk dada tanyalah iman...:)
2. Manusia berlumba2 membina bangunan yang tinggi adalah antara tanda2 kecik kiamat.

3. Hujan emas di negara orang, Hujan batu di negara sendiri, baik lagi di negara sendiri...

Wassalam
WAN MOHD RAMZI B.WAN PUTEH
9.30pm...Taman U..

Posing di atas VIVO MALL...Food REPUBLIC


Bersantai di PALAWAN BEACH.

Bersama Maskot Song of the Seas....Ikan Belacak.

Bergaya dulu sebelum naik Luge Car


Masjid Sultan, Arab Street, Singapura

Muka "ceria" di atas sky ride..Gayat woo..

Di tingkat teratas Vivo City..Belakang tu VIRGO Cruise..




Posing di MRT station Bugis


Berlatang belakang kan bangunan pencakar langit di Raffles Place


Roller Coaster.Ada beran??. Wow amazing!


Meriam Fort Siloso

Dari kiri: Ramzi, Azrul, Khai, Abeb

Jambatan Gantung di Palawan Beach

0 comments:

Post a Comment