Saturday, April 17, 2010 By: Wan Remz

PROGRAM 23: Kluang RailCoffee & Gunung Lambak

Pada 17/4/2010, suatu XPDC mengejut ke Kluang diadakan..Disebabkan mengejut ada 3 orang jer yang join.Abeb, Khai & Sy..
Memandangkan dah boring asyik breakfast kat Kedai Mamak Taman U, so kami telah nekad utk tukar angin..Kali ni kami ke KLUANG RailCoffee yang terkenal dengan Kopinya yang kaw dan roti bakar yang marvellous...perrgghh..Nyum2.Lokasinya betul2 di Stesen Keretapi Kluang..
Sampai di sana adalah dalam 9.30am..Perrgh ramai betul orangnya..Kena beratur la nak dapat meja..Susun atur dalamn kedai cukup klasik & ada nilai2 rekabentuk melayu lama..
AKhirnya dapat jugak la meja2 ngam2 untuk tiga orang...
--------------------------------
Menu yang dipesan:
ROTI BAN BAKAR-2pcs
KOPI PANAS - 1
NASI LEMAK - 1
KUIH PULUT PANGGANG - 1
-------------------------------
Harga yang perlu dibayar RM4.60..OK la..berpatutan..Makanan pun sodap..Tapi untuk Roti Bakar sy syorkan pilih Roti Wholemeal..memang sodap..Di sini ada dijual kopi2 secara peket..
Perut pun dah kenyang..Bak kata pepatah lama, Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut hati Happy...Alhamdulillah..Kami buat photoshot jap kat sekitar stesen keretapi..
Selepas itu, kami gerak ke kaki Gunung Lambak..tidak la berapa jauh dari stesen keretapi..10 minit dah sampai..Di sini ada kawasan rekreasi, Chalet, jambatan gantung dan denai2 untuk Jungle Tracking...
Sempat la kami jungle tracking jap..Tapi AWAS...anda mungkin diperhatikan dan diragut oleh sang Monyet..he..So, jgn la bawak makanan, sure kena terkam..
Jam pun telah menunjukkan jam 12pm..So kami pun gerak balik ke JB...InsyaAllah panjang umur dan murah rezeki, kami akan ke Kluang lagi..Sy kongsikan memori kami di situ melalui gambar2 di bawah...Adios..Wassalam..
.

0 comments:

Post a Comment