Wednesday, September 22, 2010 By: Wan Remz

KEJAMNYA!!

KEJAMNYA!!!

Begitulah kata2 spontan yang keluar di setiap bibir rakyat Malaysia apabila mendengar kisah pembunuhan ngeri jutawan kosmetik Datuk Sosilawati dan 3 yang lain di ladang ternakan ayam, Ladang Gadong, Banting. Setelah sekian lama kita tidak mendengar kisah2 jenayah kejam selepas pembunuhan datuk Mazlan oleh Mona Fendi dan suaminya beberapa tahun lalu, episod pembunuhan ngeri muncul kembali....Kisah ini bermula dengan kisah kehilangan mereka setelah ada urusan berkaitan dengan urusniaga tanah di Banting..
Berbagai spekulasi dibuat tentang kes kehilangan..Dalam fikiran sy ketika itu, mungkin mereka hanya diculik dan dijadikan tebusan semata2..Tetapi anggapan sy meleset semata2...Rupanya2 mereka telah dipukul, dibunuh dan dibakar lalu abu dibuang ke sungai Punchong serta beberapa sg yang lain lagi..
Mastermind pembunuhan ialah seorang peguam terkenal dan adiknya...Ternyata mereka ini begitu bijak menghapuskan bukti2 pembunuhan..Tetapi bak kata pepatah, SEPANDAI2 TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA"...Mereka ditahan bersama2 beberapa orang suruhan yang salah seorang darinya berusia seawal 19 tahun.....Bahagian forensik sedang bertungkus lumus mencari bahan bukti dan ujian DNA tulang2 yang ditemui bakal diketahui kelak..Sy mendoakan agar2 roh2 mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan keluarga mereka sentiasa bersabar menghadapi ujian yang berat ini...

Moral dari kisah ini:
Kerana harta & wang ringgit, manusia sanggup melampui batas2 kemanusiaan.Setiap hari kita disajikan dengan kes2 jenayah yang kian meningkat statistiknya..

Daripada Aisyah r.a:" Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;"Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, anak-anak yang menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang-orang jahat berani melawan orang-orang yang baik"
(Hadis riwayat Thabrani)
Wassalam


0 comments:

Post a Comment