Friday, October 29, 2010 By: Wan Remz

HUJAN OH HUJAN

Entri kali ini bukanlah berkisar tentang kumpulan HUJAN..Tetapi ianya adalah suatu bingkisan tentang fenomena hujan yang sering melanda dunia terutamanya di negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia. Pagi 30/10/2010, bumi Shah Alam dibasahi dengan butiran2 hujan yang lebat..Dugaan2 untuk bangun subuh..Kuatkan azam juga untuk bangun awal hari nie..Bisik hati kecilku" Hujan Rahmat nie, moga Allah mengurniakan rahmat & pimpinan dalam menyelesaikan urusan pada hari ini..amin.."
Sy ingin berkongsi serba sedikit info ttg hujan. Nak refresh pelajaran "Alam & Manusia" semasa di Darjah 4 dahulu. .Sedar x sedar, hujan ni juga adalah suatau nikmat dari Allah.Antara kesan2 apabila hujan tidak turun adalah manusia tidak mendapat sumber air utk menjalani kehidupan seharian dan tumbuhan2 tidak dapat hidup sebab musim kemarau yang berpanjangan.

Apakah itu hujan?
Hujan adalah suatu bentuk kerpasan seperti salji, hujan air batu, embun & kabus..Hujan berperanan dalam kitaran hidrologi. Dimana kelembapan air laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi melalui titisan hujan dan mengalir ke sungai & laut..Dan kitar ini berulang2..Hebat ciptaan Allah . Hujan juga boleh disukat menggunakan tolok hujan (tipping bucket).
Fakta: Dimanakah tempat yang paling terlembab di Malaysia?? Jawapannya ialah Bukit Larut, Taiping..=)
Di bawah ini adalah illustrasi mengenai kitar hidrologi di kawasan pergunungan salji:
.

0 comments:

Post a Comment