Saturday, November 13, 2010 By: Wan Remz

Nan'an City,Fujian, China P.R

SALAM..Diharapkan2 pembaca2 sekalian sihat hendaknya.
Alhamdulillah, sy telah selamat pulang ke tanahair setelah hampir seminggu 9-13/11 berada di China atas urusan kerja di sana...

9/11/2010:
6.30: Bertolak dari Shah Alam ---> KLIA dengan WAJA LIMO..
9.30: Pesawat AIRBUS A330 MAS berlepas.First time, naik flight berjam2..Cuak jugak dibuatnya..
1.50pm: Tiba di XIAMEN airport..Suhu sekitar 20 darjah celcius.. Sampai jer kat CIQ, sy kena tahan sebab suhu badan yang tinggi..Maybe, terkezut dengan suhu yang sejuk di China.Dalam pemeriksaan, suhu badan mencecah 39 darjah celcius..Pergghh..Kena tahan jab.Risau gak kalau kena kuarantin..Mujur la tidak ditahan, hanya diberi surat kesihatan..Selepas itu, ada wakil kilang ambil..Terus bergerak dari Xiamen ke Nan'an City, Fujian..Perjalanan ada lah dalam 1jam 30 minit..Sepanjang perjalanan dapatlah lihat kehidupan orang China..Cara pemanduan sangatlat merbahaya.Dah jadi satu budaya dieorang suka tekan hon. Di China, pemanduan secara LEFT SIDE.
3.00PM: Tiba di Hotel Nanan & rehat..
6.00PM:Gi keluar makan.. Time tu dah gelap..Masa di Fujian sama jer dengan Malaysia..Cume kat sana maghrib dalam pukul 5.20PM..AWAL TUE...Selepas tu berjalan2 jap di sekitar pekan Nanan City..

10-12/11/2010 Menjalankan kerja2...Chayok2..

13/11/2010:
8.30pm: Breakfast di Hotel..Makan kenala hati2..dalam sayur pun ada daging b***..Makanan yang boleh dimakan macam Roti Bakar, Ubi Rebus, kuih kaya, buah2, telur rebus...Perghh kalau dok sebulan kat China, sure kurus dibuatnya..
9.30am: Singgah di kilang sekejap, untuk salam perpisahan..Dalam bahasa China, dipanggil Zaijian..Maknanya SELAMAT TINGGAL..
10.00am: Bergerak ke XIAMEN..
11.30AM: Lunch di XIN JIANG MUSLIM RESTAURANT...Makanan kat situ memang enak.. Antara makanan yang paling sodap SATE KAMBING GERGASI...sedap sehingga menjilat lidi dibuatnya.. Memang x jumpe kat Malaysia...hehehe
1.00pm: Check in.
3.10pm: Berlepas pulang ke Malaysia dengan PESAWAT AIRBUS A330 MAS..
7.30pm: Tiba di KLIA...Wah rindunya kat Malaysia.. HOME SWEET HOME..
------------------------------------------------------------------------------------
Pengalaman di China adalah suatu memori yang tidak dapat dilupakan. Walaupun begitu, kehidupan di Malaysia jauh lebih baik.Di sana, golongan yang susah begitu susah..Sehinggakan kaum wanita yang banyak bekerja di sektor pembinaan..Kalau yang kaya, terlebih kaya..Memang x jumpe kereta2 lama kat sana.. Sume kereta import jer.. Tapi x nampak pulak keta PROTON..he..Bersyukurlah dengan apa yang ada di negara kita...Bak kata pepatah. " Hujan Emas di Negara Orang, Hujan batu di negera sendiri,lebih baik negara sendiri...


Wasssalam..

Posing jap di Taman di tengah2 bandar Nan'an City

Nan'an City di waktu malam

Di hadapan Hotel Nanan

Sate Kambing Gergasi di Restoran Muslim Xin Jiang



Baguih punyerrrrr..Sejuk tue


Gambar kenangan dengan Mr Jiang

Telatah kanak2 di dalam flight..Cutenyaa..!




0 comments:

Post a Comment