Saturday, January 30, 2010 0 comments By: Wan Remz

INFO 11: Berjayakah kita?

Dari tafsiran seorang manusia, di dunia nie ada berbagai kategori orang yang berjaya...Kalau ada kereta Mercedes , orang itu dikira berjaya...Kalau ada umah banglo 5 tingkat, orang tue dianggap berjaya..Pokok pangkalnya jika ada banyak harta dan tinggi pangkatnya, orang tue berjaya...Tetapi disisi Allah, orang yang berjaya ialah orang yang taat segala perintah-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA...Hakikat orang yang berjaya ialah orang yang dapat menyelamatkan diri dari siksaan Neraka Jahanam dan memasuki Syurga di akhirat nanti..Semoga Allah sentiasa membimbing saya dan anda semua supaya menjadi insan yang berjaya di dunia & akhirat..Aminn,
Saturday, January 16, 2010 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 14: DINNER LAGI

Banyak betul dinner sejak akhir2 nie..Tapi dinner kali nie Free kerana ditaja oleh Mr Narita..Alhamdulillah.. Dinner ini diadakan di MAZ GARDEN KULAI pada 15/1/2010.. Ia disertai oleh members dari FAX Mecha, Electrical dan software..Boss pun ada..Terima kasih kepada Mr Mito, Mr Tanaka dan Mr. Eguci kerana sudi datang..Dengan konsep ala2 BBQ , menu malam tue memang menyelerakan.
Tak jadi diet diwatnya..hehe..Semoga ikatan siratulrahim sesama kami dapat dipereratkan lagi..
Gambateh Kudasai..Wassalam..

Sedapnya..Nyum2...

Gambar Beramai2.

PROGRAM 13: Kejohanan Badminton PSNM

Pada 16/1/2010, dengan semangat yang membara sy telah menyertai KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PSNM 2010..Partner regu sy hari tu ialah Ahzlee..Kawan satu ofis jugak..Partner asalnya ialah SOLEH..Disebabkan mempunyai hal yang xdapat dielakkan, SOLEH terpaksa menarik diri..Alhamdulillah, dapat bermain dengan baik..Namun rezeki tidak menyebelahi kami utk mara ke Quarter Final..It's OK..
The most important is fighting and sportmanship spirit.. :)Tahun depan cube lagi..Aja..Aja ..Fighting....!!!!!!!!
"Orang yang berjaya tidak mudah menyerah kalah..Sentiasa memperbaiki diri dan terus berusaha....Sepertimana Thomas Edison yang tidak mudah putus asa dalam kajiannya meskipun banyak kali gagal.Akhirnya nama beliau tercatat dalam sejarah dunia sebagai saintis yang termasyur..."
Wassalam...
Sunday, January 10, 2010 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 12:MAJLIS KAWIN WAN DPE

Special entry:
Beberapa minggu lepas, majlis perkahwinan wan DPE telah berlangsung. Sy berkesempatan pegi. Majlis berlangsung dengan meriah sekali. Kedua2 mempelai nampak anggun dan kacak sekali di pelamin berwarna merah & putih..Antara kawan2 ofis yang berkesempatan hadir ialah Sani, Selamat dan Hairul..
Tahniah diucapkan. Berikut adalah gambar sekitar majlis beliau.

INFO 10: MISTERI KUCING HITAM..

Baru2 nie, Seekor anak kucing hitam telah ditemui oleh housemate saya . Kucing nie hampir dilanggar ketika melintas..So, hsmate bawak la balik rumah..Bagi makan freshkies dan minum susu..Kucing ni sgt terlebih manja dan suka gesel2 kat kaki.. Lagi satu cukup agresif.. Kalau letak tempat2 tinggi, die boleh melompat dengan selambanya..Sesiapa yang kehilangan kucing hitam ini, sila hubungi saya. Gambarnya seperti di bawah...
Semoga kita dibimbing Allah menjadi manusia yang belas kasihan kepada haiwan sepertimana ABU HURAIRAH yang begitu menyukai kucing.. :)
WASSALAM...
Thursday, January 7, 2010 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 11: SINGAPORE !!!

Alhamdulillah, cuaca pada hari ahad 3/1/2010 begitu cerah dan ceria sekali.Pagi itu sy, awe dan abeb akan ke singapore..Tepat jam 8.30am..awe datang amek kat rumah.Selepas tu sarapan kat kedai mamak ayub.Setelah kenyang, kami bergerak ke City Square..Parking keta kat situ..
Ini pengalaman pertama sy merentas ke sempadan negara lain..Suspen jgak la..he..Sebelum tu kena la tukar duit dulu..Latest rate, 1 Sin dollar =RM 2.44 ..Kami tukar dalam RM 100...So, dapatlah dalam 40.40 Sin dolar..keciknya duit Malaysia..Patutlah org singapura shopping kat Malaysia..
Di Singapura, kami berjalan2 di sekitar Arab street, Bugis, Kg Gelam, Raffles City, Merlion, Esplanade dan Orchard Road..Pengangkutan disana agak mudah..Boleh guna MRT..Kalau kat Malaydia lebih kurang macam LRT..Tapi MRT ni lalu bawah tanah.. Tambang ke bandar yang berdekatan adalah dalam 1 dollar..Nak makan memang agak susah..So, kami makan kat Restoran Mamak zam2 kat area Arab Street. Lokasinya betul2 berhadapan dengan Masjid Sultan..Kiteorang makan nasi beriani..Harga sepinggan nasi beriani adalah dalam 5 sin dollar (lebih kurang RM12)..Mahal tue..Kami bertolak pulang sekitar jam 6..Best sgt biler dapat masuk Malaysia balik..Bak kata pepatah...Hujan emas di negara orang, Hujan batu di negara sendiri..Best dan murah lagi di negara sendiri..Ada rezeki lagi, boleh la ke Pulau Sentosa pula..
Moral: Jauh pemandangan , luas pengetahuan..
Wassalam.

Ruang solat Masjid Sultan

Bas Pelik di Singapura

Ferrero Rocher Gergasi

Saya dan housemate berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit
Posing di hadapan Esplanade..Macam buah durian kan..
Awe, abeb & saya dipancut air oleh sang singa..hehe
Wednesday, January 6, 2010 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 10: CUTI2 MALAYSIA DI KL

Pada 2/1/2010 yang lalu, sy dan beberapa rakan berpeluang bercuti2 malaysia ke KL..Destinasi yang sempat dilawati Sunway Lagoon dan Putrajaya..Bagi saya, inilah pengalaman pertama pergi kedua2 tempat tersebut..Saje je nak release tensen..
Kami bertolak dari JB seawal 8.30 pagi..Sampai di sunway LAGOON kira2 jam 11.30am..Kami memilih main di Amusement Park dan Wet park..Harga tiket masuk adalah dalam RM 48...Mahal tue..Ramai betul orang ari tue..Maklumlah cuti skolah..Pelancong Arab pun ramai...So, game yang paling mencabar kat AMUSEMENT PARK ialah tomahack, ROLLER COASTER DAN PIRATE sHIP..Memang xtream..Kami keluar dari sunway sekitar jam 5.45pm..So terus bergerak ke PUTRAJAYA..Semapat lah melihat keunikan binaan bangunan di sekitar Putrajaya termasuklah PICC..Sebelum berangkat pulang JB, kami sempat solat di Masjid Sultan Mizan (masjid"BESI")yang baru dibina.. Memang selesa dan indah senibinanya..Harap2 ramailah yang akan mengimarahkan masjid nie.Janganlah masjid terkenal dengan senibina sahaja, tetapi pada hakikatnya "kosong" dan sepi ketika time solat berjemaah,Rasulullah kan ada berpesan 1400 tahun yang lalu, akhir zaman nie akan terdirilah banyak masjid2 yang indah tetapi didalamnya sepi dari amalan2 agama...
Kami berangkat pulang sekitar 8pm dan sampai dalam 11.30 pm...Alhamdulillah semua selamat sampai..

Wassalam..
Sempat bergambar dengan Maskot Sunway Lagoon, En DUCK

Muka tetap ceria walaupun cuak masa naik TOMAHAKGayat jugak kat atas jambatan gantung ni.

PROGRAM 9: MECHA UNITED DINNER 2

Pada tanggal 30/12/2009 yang lalu, MECHA UNITED DINNER kembali lagi. Dinner kali ini diadakan di GOODHOPE HOTEL, Taman Tun Aminah, JB..Tujuan utama majlis ini ialah menghargai usaha semua ahli RND Mechanical yang bekerja keras sepanjang 2009..Seramai 50 orang menyertai kali ini..Saya telah diamanahkan untuk menjadi MC majlis sekali lagi.. Dengan tema santai, majlis ni berlangsung dengan jayanya. Antara tentatif program ialah memperkenalkan ahli2 yang baru, permainan,tayangan video dan lucky draw..Alhamdulillah sy dapat jugak lucky draw kali ni.. Dapat baucar membeli belah di Jusco sebanyak RM20.. OK lah kan.. :) Terima kasih kepada semua ajk yang terlibat, boss2 dan rakan2 yang datang memeriahkan majlis nie.. MC Majlis Dinner malam tue.Chayokk!!

INFO 9: "TRAGEDI" DI IMIGRESEN.

Pada 1/1/2010 yang lalu, sy begitu bersemangat untuk membuat passport. Tujuan utama ialah untuk menjelajah ke negara jiran Singapore.. Sanggup ambil leave i hari tu..Nekad abes..Sepanjang 7 tahun kat johor tak pernah lagi berpeluang ke Singapore..So, ari tu sy bangun seawal 5 pagi..Siap2 dan selepas subuh terus ke imigresen di Pekan Rabu..Dalam fikiran saya, harap2 dapatlah no giliran yang terawal...at least 10 teratas..Yer la hari cuti umum sure ramai orang nak renew passport nyer la.nak wat passport baru la....
Saya tiba di Pekan Rabu tepat jam 6.30am (awal tue)..Tidak disangka2, ramai betul orangnya..No giliran sy 273...pERGGH rasa nak nangis diwatnya..Urusan sehingga passport siap adalah sehingga jam 4 pm..Nak tau tak , brother yang dapat giliran yang pertama tunggu di depan kaunter seawal 3.30 am..Dasat2..
Inilah tragedi di pagi Jumaat di tahun baru 2010..huhuhu..Tensen..tensen..tensen..

Moral: Untuk dunia, manusia sanggup bersusah payah untuk mengejarnya.Sanggup tunggu berjam2.Tetapi untuk akhirat, hatta untuk mengerjakan solat sunat Tahajud 2 rakaat pun rasa berat sekali..Sedangkan untuk bertemu dan mengadu nasib pada Allah tidak memerlukan temujanji & amek no.giliran pun..Semoga Allah sentiasa membimbing saya dan anda sekalian untuk sentiasa memburu kelebihan di akhirat.Renung-renungkan dan selamat beramal...Amin.

"SABAR ITU ADALAH SEPARUH DARI IMAN"
Wassalam..