Monday, June 28, 2010 0 comments By: Wan Remz

BERHUJUNG MINGGU DI JB


Pada tanggal 26 & 27 June yang lalu, sy & awe telah mengambil keputusan turun ke Johor. Tujuan utama ialah bagi menghadiri majlis perkahwinan kawan lama iaitu SOLEH. Di samping mengangkat barang yang belum diangkut sebelum ni antaranya katil kayu, TV and barang elektrik..Memang sarat kereta dibuatnya..he..Berikut adalah antara aktiviti2 pada 2 hari tersebut:
26/6/2010
9.30am : Breakfast di Mama Lin
11.30am: Lunch Laksa Sarawak masakan Abeb..Sedappp wooo..
2.30pm: Jalan2 sekitar Danga Bay
4.00pm: Mkan Cendol Durian di Hutan Bandar.. Nyum2..
5.oopm: Photoshot di sekitar Jalan2 di JB antaranya Jalan Wong Ah Fook..
6.30pm: Dinner di Malay Village, JB...
10.oopm: Layan KOREA vs URUGUAY...

27/6/2010
9.00am: Breakfast di Aliff
12.30pm: Ikut rombongan pengntin ke rumah pengantin lelaki di Felda Bukit Waha.
2.00pm: Makan + Sesi fotografi + jumpe kawan2 lama dari PSNM
4.00pm: Kemas barang
7:00pm: Bergerak dari Pulai Utama
11.00pm: Sampai shah alam.

Cendol Durian..Nyum2

Abeb, khai & awe posing sakan

Perarakan pengantin...Bagai Pinang dibelah dua

Friday, June 18, 2010 0 comments By: Wan Remz

AWAN ALTOCUMULUS

Pada suatu hari, ketika perjalanan ke SIRIM...Mata saya terpukau menyaksikan keindahan ciptaan Allah iaitu awan yang bersaiz kecil tetapi tersusun2..
Secara saintifiknya, awan ini dikenali sebagai ALTOCUMULUS...Awan nie berada pada ketinggian sederhana iaitu 6500 - 20,000 kaki..Last belajar ttg jenis2 awan nie masa subjek geography from 3 dulu..he
Moral: Kalau asyik pandang bawah dan depan jer kita akan terasa kagum dengan hiasan dunia macam BMW 7 series, banglo 5 tingkat ,David Beckam dll..Sekali sekala pandanglah ke atas..Kita akan rasa kerdil di bumi Allah yang luas nie..

Bak kata orang2 tua:Berpijak lah dibumi nyata..

FIRMAN ALLAH S.W.T:

"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis . Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?

AL MULK: Ayat 3

indah kan?


Traffic light depan Kompeks PKNS,Shah Alam

Jenis-jenis awan

Thursday, June 10, 2010 0 comments By: Wan Remz

SELAMATKAN GAZA!

Baru2 ni dunia dikejutkan dengan serangan rejim zionis ke atas kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara..Serangan nie telah mengakibatkan sembilan kematian dan puluhan yang cedera..Aktivitis2 seluruh dunia ditahan di penjara Israel selama beberapa hari..Seramai 12 wira dari Malaysia telah terlibat dalam misi kemanusiaan ini termasuklah 2 orang wartawan dari Astro Awani...Atas desakan dunia, kesemua yang ditahan dibebaskan..Tidak lama selepas itu kapal hak milik PGPO dari Malaysia di tahan pula..
Berbagai propaganda dibuat2 oleh israel yang menguasai media dunia..Mereka mendakwa kapal2 ni membawa senjata.. Tapi sebenarnya rejim zionis la lanun yang merampas hak penduduk gaza..Memang terbukti mereka yang sebenarnya bersalah kerana menawan kapal2 ini di perairan antarabangsa....Kenapa dunia & PBB masih lagi tidak dapat mengeluarkan satu resolusi yang tegas bagi mengakhiri sekatan ke atas GAZA...Berita hari ni, amerika mula mengalihkan perhatian dunia daripada isu GAZA kepada isu sekatan ke atas perkembangan teknologi nuklear di Iran pula...Sampai bilakah penderitaan rakyat Gaza akan berakhir..Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada mujahid2 di GAZA dan dunia supaya terus mempertahankan Masjid Al Aqsa dan bumi Gaza dari terus digodam oleh rejim zionis....AMINN...2008: Ramai kanak2 yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Sunday, June 6, 2010 0 comments By: Wan Remz

MUSIM KAHWIN

Minggu ini terisi dengan aktiviti mengunjungi kenduri kawan2 kahwin di sekitar shah alam.he...Ni semua kawan2 semasa belajar di UTM..Kebetulan kawan lama saya Muhammad Nul Hafiz turun Shah Alam..So, kiteorang gi sesama..
Hari Sabtu 5/6/2010
Majlis perkahwinan Abang Syahrizan dan Juju..Tema majlis Hijau Pisang muda..Lokasi, Dewan MBSA seksyen 17..
Hari Ahad 6/6/2010
Malis Perkahwinan Azrul Hisyam & Zarikh...Sama padan...Bagai pinang dibelah dua..Chewahh..Tema majlis kaler maroon..Majlis diadakan di Dewan MBSA seksyen 19...
Biler gi kenduri nie, mulalah orang2 bujang nie kena usik...Biler lagi nak kawinn??hmm itu kategori soalan cepu emas..jawab jer InsyaAllah doa2kanlah..
Moga dipermudahkan kerana perkahwinan ini adalah tuntutan agama dan sunnah nabi.Aminn..
Wassalam..
Friday, June 4, 2010 0 comments By: Wan Remz

SEBULANKU DI SHAH ALAM

Alhamdulillah...dah dekat sebulan daku bermastautin di bumi Shah Alam..
x banyak yang boleh dinukilkan sebab masih lagi baru di tempat nie..baru nak belajar2 explore erti sebuah kehidupan baru..Bayangkan sejak zaman universiti lagi dah duduk di Johor..Hampir 8 tahun jugak belajar+ bekerja...Apabila pindah ke tempat baru tentulah berasa sedikit janggal.
Antara cabaran2nya ialah:
a) Nak cari tempat makan yang murah dan sedap..
b) mencari kawan yang baru..
c) Jam
d) Susah cari parking
e) Kena explore jalan2..Awal2 dulu asyik sosat..Almaklumlah banyak sgt seksyen.he..

Di bawah adalah beberapa gambar2 kenangan sebulanku di shah alam...

Perkarangan umahku...

Suasana di bawah blok...Dekorasi indah di sebuah Plaza di Shah Alam
JKU di hadapan Masjid Negeri, Shah Alam

Suasana senja di perkarangan Masjid Negeri