Monday, July 19, 2010 0 comments By: Wan Remz

Festival Flora PUTRAJAYA

Pada hari ahad yang baru berlalu, sy & awe berpeluang pergi ke Festival Flora di PRESINT 2, Putrajaya...Terpukau mata melihat keindahan berbagai-bagai spesis bunga di situ..Antara yang ada ialah bunga matahari, orkid, rose dan lain2 lagi..
Bunga2 juga digubah secara kreatif menjadi bentuk burung merak, Spongebob etc.. Kebanyakan penyertaan di dalam festival dari luar negara, IPT dan sekolah2 di sekitar Putrajaya, KL & Selangor...Selain daripada pameran bunga, terdapat gerai2 jualan kraftangan dan bunga2 hiasan...Hampir 2 jam jugak pusing2 kat situ.. Sempat jugak naik ke mercu tanda putrajaya.. Dari atas, bleh nampak Masjid Besi dan bangunan2 pentadbiran..Memang smart.. Saya sempat mengabadikan beberapa gambar disitu sebagai kenang-kenangan..
.
Beca juga dihias dengan bunga...
Awe sibuk dok SMS.

















Sunday, July 18, 2010 0 comments By: Wan Remz

ANCAMAN BUANG SAMPAH

Pernahkah anda diancam..Ini bukan ancaman AH LONG bukit beruntong tetapi ancaman buang samapah..Selalunya kita nampak signboard yang dipasang Pihak berkuasa tempatan.."SESIAPA BUANG SAMPAH DIKAWASAN INI, DIDENDA RM5000"...
Tetapi ada sekali saya ada ternampak satu ancaman yang diconteng di dinding belakang sebuah kedai di Taman Universiti, Skudai.Memang dasyat..Cube lihat gambar dibawah..
Tetapi malangnya masih lagi ada insan2 yang berani buang sampah kat area situ..Ternyata mentaliti sesetengah rakyat Malaysia masih lagi mundur ke belakang dalam aspek penjagaan kebersihan walaupun Malaysia telah lama merdeka..
"KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN".
Wassalam..=)
Ancaman berbunyi " SIAPA BUANG SAMPAH DISINI SATU KELUARGA AKAN MATI"
.
Tuesday, July 13, 2010 0 comments By: Wan Remz

BEGINIKAH KITA??


BEGINIKAH KITA

Beginikah kita,

Insan lali dan leka

Mudah terpedaya dan percaya

Pada hasutan syaitan durjana

Untuk mengisi kekosongan neraka

Beginikah kita,

Ingat Allah hanya seketika masa

Bila miskin bila derita

Bila susah tiada upaya

Bila duka datang nestapa

Beginikah kita,
Insan bergelar khalifah di bumi

Ada masa ketika mengadap Ilahi

Ada masa kelupaan menghiasi diri

Tak sedikit pun ambil peduli

Merasakan diri pasti belum mati

Beginikah kita,

Impian besar mendiami syurga

Nafsu syaitan masih didamba
Mudah leka keasyikan dunia

Segala kewajipan hanya sekadar tika
Umpama melepas batuk di tangga

Yang menanti, yang terbuka
Bakaran api kepanasan neraka

Bertaubatlah kita sebelum ajal tiba......

NUKILAN : zamganu 77
Sunday, July 4, 2010 0 comments By: Wan Remz

Keunikan Kg Koh, Sitiawan

Pada hujung minggu yang baru berlalu nie, sy pulang ke Lumut menziarahi keluarga disana..
Memandangkan emak saya tidak berapa sihat, setiap bulan mesti pulang menziarahinya. Alhamdulillah jarak antara Shah Alam- Lumut tidaklah terlalu jauh..Ada la dalam 200 km...3 jam sampai la kalau ikut jalan lama melalui Kuala Selangor..
Di kesempatan kali ni, sy sempat singgah sebentar di suatu pekan kecil yang boleh dianggap klasik di Sitiawan iaitu Pekan Kg Koh. Bangunan2 di situ masih lagi seperti era2 80 an.. Kelihatan Chinese Kopitiam yang masih mengekalkan rekabentuk lama..So, sy sempat mengambil beberapa gambar sebagai bukti2 keklasikan tersebut.. hehe..Bak kata orang2 tua, takda yang lama, takda yang baru...So, hargailah dan jagalah warisan yang ditinggalkan untuk kita untuk tatapan anak2 kita di masa hadapan..Wassalam....
Honda CUP C70..Susah mau cari sekarang

Auntie, mana mau pergi?

Kedai Gunting Rambut..Murah murah !

Kopitiam ni boleh beat old town kopitiam..he

Banyak kedai tutup ini hari

Mercedes klasik + Honda cup
Deretan kedai2 lama