Wednesday, September 29, 2010 0 comments By: Wan Remz

JAMUAN RAYA AIDILFITRI SIRIM 2010

Pada 23/9/2010 yang lalu, satu majlis sambutan Hari Raya aidilfitri bagi SIRIM & cawangannya telah diadakan di dewan ppps SHAH ALAM.Sebelah paginya dikhususkan utk staff, manakala sebelah petangnya untuk client.Sy, Aki n Tasyriff datang sekali dari ofis.Pakai baju..Buffet kali ini disajikan oleh GUZI CATERING kepunyaan PAK ENGKU..Memang kelas n sedap makanan yang disediakan..Macam2 ada..SATE, NASI HIMPIT, NASI BERIANI,KUIH MUIH, LAKSA, MEE KARI, ROJAK n macam2 lagi..
Kembung perut jugak dibuatnya...
Alhamdulillah..Majlis ini diserikan dengan persembahan nasyid, jaafar Onn dan penyampaian anugerah kepada staff yang dah pencen. Yang bestnya, ahli lembaga pengarah ada bagi duit raya jugak di hujung majlis...Tak sangka dah besar2 macam ni pun masih dapat duit raya lagi..rezeki namanya..=) =)..
Di kesempatan nie, sy ingin memohon sejuta kemaafan andaikata ada terbuat salah dan silap..Halakan makan dan minum yer..
SELAMAT HARI RAYA.
wassalam...
Wednesday, September 22, 2010 0 comments By: Wan Remz

KEJAMNYA!!

KEJAMNYA!!!

Begitulah kata2 spontan yang keluar di setiap bibir rakyat Malaysia apabila mendengar kisah pembunuhan ngeri jutawan kosmetik Datuk Sosilawati dan 3 yang lain di ladang ternakan ayam, Ladang Gadong, Banting. Setelah sekian lama kita tidak mendengar kisah2 jenayah kejam selepas pembunuhan datuk Mazlan oleh Mona Fendi dan suaminya beberapa tahun lalu, episod pembunuhan ngeri muncul kembali....Kisah ini bermula dengan kisah kehilangan mereka setelah ada urusan berkaitan dengan urusniaga tanah di Banting..
Berbagai spekulasi dibuat tentang kes kehilangan..Dalam fikiran sy ketika itu, mungkin mereka hanya diculik dan dijadikan tebusan semata2..Tetapi anggapan sy meleset semata2...Rupanya2 mereka telah dipukul, dibunuh dan dibakar lalu abu dibuang ke sungai Punchong serta beberapa sg yang lain lagi..
Mastermind pembunuhan ialah seorang peguam terkenal dan adiknya...Ternyata mereka ini begitu bijak menghapuskan bukti2 pembunuhan..Tetapi bak kata pepatah, SEPANDAI2 TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA"...Mereka ditahan bersama2 beberapa orang suruhan yang salah seorang darinya berusia seawal 19 tahun.....Bahagian forensik sedang bertungkus lumus mencari bahan bukti dan ujian DNA tulang2 yang ditemui bakal diketahui kelak..Sy mendoakan agar2 roh2 mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan keluarga mereka sentiasa bersabar menghadapi ujian yang berat ini...

Moral dari kisah ini:
Kerana harta & wang ringgit, manusia sanggup melampui batas2 kemanusiaan.Setiap hari kita disajikan dengan kes2 jenayah yang kian meningkat statistiknya..

Daripada Aisyah r.a:" Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;"Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, anak-anak yang menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang-orang jahat berani melawan orang-orang yang baik"
(Hadis riwayat Thabrani)
Wassalam


Friday, September 3, 2010 0 comments By: Wan Remz

BAHAN UJIKAJI..errrgh

Baru2 nie, Hazli san ada call.Hazli ni adalah EX-panasonic..Sekarang die tengah mengabiskan projek master terakhirnya yang berkaitan dengan bio-medic kat UM..
Die nak minta tolong sy & awe jadi bahan ujikaji projek masternya...
Dalam fikiran masa tue terbayang die nak wat ujikaji saya jadi THE HULK ker..hehehe..
Sebenarnya, En Hazli tengah menjalankan ujikaji joint Dynamic untuk bahagian2 sambungan pada lutut,kaki,bahagian pinggang....So, die akan letakkan alat2 detector bulat2 kat joint2, setting lampu infrared dan dapatkan bacaan daya melalui software..Ujian yang dijalankan ialah berjalan 5 kali, naik tangga 5 kali dan turun tangga 5 kali..he..Alhamdulillah semua berjalan lancar..

Sy mendoakan supaya En Hazli kita sukses mengabiskan master dengan jayanya...Semoga bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara..

Wassalam...

Hazli yang duduk ditengah2 tue