Friday, October 29, 2010 0 comments By: Wan Remz

HUJAN OH HUJAN

Entri kali ini bukanlah berkisar tentang kumpulan HUJAN..Tetapi ianya adalah suatu bingkisan tentang fenomena hujan yang sering melanda dunia terutamanya di negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia. Pagi 30/10/2010, bumi Shah Alam dibasahi dengan butiran2 hujan yang lebat..Dugaan2 untuk bangun subuh..Kuatkan azam juga untuk bangun awal hari nie..Bisik hati kecilku" Hujan Rahmat nie, moga Allah mengurniakan rahmat & pimpinan dalam menyelesaikan urusan pada hari ini..amin.."
Sy ingin berkongsi serba sedikit info ttg hujan. Nak refresh pelajaran "Alam & Manusia" semasa di Darjah 4 dahulu. .Sedar x sedar, hujan ni juga adalah suatau nikmat dari Allah.Antara kesan2 apabila hujan tidak turun adalah manusia tidak mendapat sumber air utk menjalani kehidupan seharian dan tumbuhan2 tidak dapat hidup sebab musim kemarau yang berpanjangan.

Apakah itu hujan?
Hujan adalah suatu bentuk kerpasan seperti salji, hujan air batu, embun & kabus..Hujan berperanan dalam kitaran hidrologi. Dimana kelembapan air laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi melalui titisan hujan dan mengalir ke sungai & laut..Dan kitar ini berulang2..Hebat ciptaan Allah . Hujan juga boleh disukat menggunakan tolok hujan (tipping bucket).
Fakta: Dimanakah tempat yang paling terlembab di Malaysia?? Jawapannya ialah Bukit Larut, Taiping..=)
Di bawah ini adalah illustrasi mengenai kitar hidrologi di kawasan pergunungan salji:
.
Tuesday, October 26, 2010 0 comments By: Wan Remz

FAMILY DAY SIRIM DI BUKIT GAMBANG RESORT,PAHANG

Famili day SIRIM QAS 2010 telah diadakan di Bukit Gambang Resort & Water Park, Pahang pada 23-24 october 2010..Memang ramai jugak yang join termasuklah sy..Semoga program2 seperti ini dapat mengeratkan siratulrahim sesama anggota kerja SIRIM QAS. Inilah masanya nak release tension setelah setahun bekerja dan memerah keringat.
Semoga aktiviti2 seperti ini dapat diteruskan di masa2 hadapan. Terima kasih kepada pihak penganjur.

Berikut adalah activiti2 yang dijalankan sepanjang di sana:
Sabtu, 23/10/10
8.00am: bertolak dari selangor bersama2 tasyriff & li.. Konvoi 3 buah keta sekali dengan En Manan.
10.00am: Stop kat RNR genting sempah..Breakfastt..Lapo tue..
12.30am: Tiba di Carribean suite Resort untuk pendaftaran, amek doorgift dan kunci bilik...Lepas tu lunch.
4.30pm: Senamrobik + Sukaneka + Main Ping Pong...Dapatlah satu hamper..
6.45pm: Pulang ke bilik..Mandi.
8.00pm. Majlis dinner.Daging rusa pun ada.nyum2..Dihiburkan oleh En. Suhaimi Meor Hasan dengan lagunya "Kalau berpacaran"..Diselangi dengan lucky draw..So, kali ini xda luck nak dapat hadiah..he
12.00am: Majlis bersurai

AHAD, 24/10/10
7.30am: Breakfast + Pocho2..
9.00am: Bermandi manda di Gambang Water Park.Banyak jgak slide2 yang mencabar di situ.Yng paling mencabar, slide yang kita kena meniarap ala2 superman..Memang ngeri..
11.00am: Menyertai acara sukaneka Tele Match..Dapatlah 2 hamper tempat ke 2..
1.00pm : Check Out
1.30pm: Jumpe en Azrul Hisham..
2.00pm: Bertolak pulang.
5.00pm: Sampai di Shah Alam.

Di bawah adalah gambar kenangan sepanjang program tersebut:


Acara sukaneka kanak2..Ada yang sampai terbaring..he

Acara senamrobik pocho2 gaya sendiri.

Hmm..boleh masuk waterpark free..yes yes

Bergaya dengan ATV..Gaya seorang juara..he

Juara sukaneka "THE BLIND ULTRAMAN"

Majlis makan malam yang mengenyangkan & mendamaikan

En Kamal steady!! Kayuh kayuh...(Pool telematch)

Antara slide yang mencabar

slide superman yang mengerikan























Friday, October 22, 2010 0 comments By: Wan Remz

INFO TENTANG TAYAR

Di kesempatan yang ada nie, sy ingin berkongsi sedikit ilmu ttg tayar yer..

Jika anda perasan di bahagian casing tayar (sidewall), ada beberapa angka & perkataan. Sebenarnya, ia ada membawa makna yang tertentu. Ianya sgt penting sekiranya anda ingin menukar tayar yang baru..Awas, anda mungkin menjadi mangsa penipuan kedai2 tayar jika tiada pengetahuan ttgnya..Adakalanya pembelian tayar yang salah jugak boleh menjejaskan performance pemanduan anda. Yg penting anda perlu tahu ialah tyre width, Rim size, speed rating, aspect ratio & load index. Pastikan tayar anda mempunyai Logo Sirim / e mark. insyaAllah kualiti terjamin..So, sila lihat & hayati gambar dibawah: Speed rating table
Tuesday, October 19, 2010 0 comments By: Wan Remz

DUGAAN..DUGAAN..


Dugaan...Dugaan..Dugaan...

Setiap hari dugaan datang dalam bentuk2 yang berbeza...Ada yang kemalangan.. Ada yang umah terbakar..Ada yang kehilangan kereta..Ada yang dilanda blackout..Ada yang rumah dilanda banjir.....Mcam2 lagi.. Dugaan nie datangnya dari Allah untuk menguji keimanan kita dan sebagai tanda Allah ingin mengampunkan dosa2 kita yang lalu..
Semalam sy juga diuji...Tayar kereta depan bocor...sebelah driver...Time tue baru nak pegi keje...Last2 naik motor gi keje...Balik jer keje petang smlm, terus tukar spare dan gi tampal tayar kat kedai..Berpeluh2 jugak la masa nak bukak tayar tue...Sabar2...Setiap dugaan itu pasti ada hikmah tersembunyi..

Firman Allah S.W.T.

"Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan..Dan berilah berita gembira kepada orang yang sabar,yakni orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan " Innalillah wa inna ilaihi rajiun"..

(Surah Al- Baqarah 2: 155-156)
Tuesday, October 12, 2010 0 comments By: Wan Remz

SPEC BESARR?

Baru2 ni, kawan2 semasa darjah 6 dulu ada tag satu gambar kelas di Facebook. Memang sweet. Paling sweet gambar saya dengan SPEC MATA yang besar.wah2,tergelak sendiri apabila melihat gambar tue..he..Sy mula memakai spec mata sejak darjah 5 lagi..Sebelum tue, bile waktu kelas sy sering mengenyitkan mata utk melihat tulisan cikgu di papan hitam. So, cikgu yang perasan dengan perilaku sy tue, "menjemput" sy bersila di hadapan kelas untuk menyalin nota yang dituliskan cikgu di papan hitam..Lama2 cikgu nasihatkan sy memakai spec mata..Kalau x pakai, kena rotan. Ingat lagi nama cikgu tu. Namaya Cikgu ROIDAH...
Sy mengadu kat abah kesayangan.. Abah pun membeli spec plastic yang agak besar berbanding saiz badan..he...Masa masuk kelas dengan SPEC baruku itu, Cikgu Roidah tersenyum2 tersipu2 gitu..So, x jadilah sy kena rotan..Fuhh lega..Sejak hari tu aku x bersila di hadapan kelas lagi..x berapa lama lepas tue,spec tu patah..Mengadu la kat abah lagi..Abah pun beli lagi spec baru..Budget2 dapatlah spec yang nipis sket.. Alih2 dapat spec spesis yang sama cume kaler yang lain..hehe..Apa2 jer la abah..yang penting dapat belajar...Alhamdulillah..Terima kasih abah. Kerana sebuah SPEC BESAR, daku kini mula memahami erti sebuah kehidupan..=)
Sy duduk dihadapan yang paling kiri sekali. Cikgu Roidah yang memakai bj kurung hitam putih tue.
Sunday, October 10, 2010 1 comments By: Wan Remz

Alahai motorku...=)

Setelah berbulan2 motorku menumpang berteduh di rumah WONG sejak perpindahanku ke Shah Alam...Akhirnya, dapat juga ia dipindahkan ke Shah Alam melalui POS LAJU...Almaklumlah, dah lama tak bawak..Banyaklah ragamnya..Tayar pancit lah...Gear Ketat la...Brek depan tercabut la...perggh macam2..Mujurlah WONG tolong startkan moto hari2..Kalau tak jam enjin diwatnya..
Sejarah motor ini bermula begini..Moto ini jenis MODENAS KRISS..Dibuat sekitar 1999.. Daku beli motor nie dari en. Suffian yang dulunya bekerja seofis denganku di PANASONIC..Namun kini die telah menjadi Pensyarah di Universiti Malaysia Sabah...Sehari sebelum berpindah, die masih buntu kerana belum dapat2 lagi menjual motor lamanya itu..Setelah mengetahui yang daku baru kehilangan Motorsikal Honda biruku, die pun offer nak jual moto kat aku dengan harga yang berpatutan la jugak...Alhamdulillah, motor ini dah berkhidmat utkku dekat 3 tahun la jugak.Namun, Umurmu sudah menjangkau 11 tahun.Banyak jasamu wahai motor lamaku....Teruskan berbakti walaupun banyak skru2mu telah loose,absorbermu telah kurang power sifat penyerap hentakannya & lampumu kian malap..
Insuran pun hanya 3rd party sahaja..Suatu hari nanti kau akan pergi sebagai besi buruk..Teruskan perjuanganmu menghabiskan sisa2 hidupmu wahai motor lamaku...
Moralnya: Ambil la iktibar..Kita juga seperti motor.. Ketika baru dibeli, tiap2 hari dibasuh dan diwax tayar berkilat2...Begitulah kita, sewaktu dilahirkan kita disambut dengan gelak tawa dan kegembiraan oleh ibu bapa kita...Motor yang banyak berjasa pastinya akan dikenang..Begitulah kita..Manfaatlah kehidupan kita yang sementara ini utk berjasa kepada agama, diri, keluarga, bangsa dan negara..

Bak kata pepatah, HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANGNYA, MANUSIA MATI MENINGGALKAN JASANYA...

Firman Allah:

"Yang menjadikan mati dan hidup bagi menguji kamu, siapakah antara kamu yang terbaik amalannya"
(Surah Al- Mulk 67:2)
Thursday, October 7, 2010 0 comments By: Wan Remz

JALAN BERAYA DI JOHOR

Sabtu & Ahad lepas, sy & awe berkesempatan ke Johor bagi memeriahkan acara jalan2 beraya. Antara rumah2 open house ialah Umah Fetty, Umah Faizah, Umah Fikri, Umah Khai, Umah Lili dan Umah Suhizan...Memang kenyang abis..Jalan2 beraya kali ni secara konvoi....Best betul dapat jumpe kawan2 lama...Semua bz2 jer..Ada yang datanng beraya siap pakai baju keje lagi..Dasat2...Yang pentingnya, dapat mengeratkan hubungan siratulrahim sesama muslim...Apepun, ucapan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah yang sudi menjemput...
Di bawah adalah beberapa gambar kenang2 kenangan sepanjang konvoi beraya nie.
Apalah yang diborakkan suhizan n awe
Amboi kusyuknya makan
.

Anak2 Fetty yang cute

Saturday, October 2, 2010 0 comments By: Wan Remz

FESTIVAL BON ODORI 2010

Pada sebelah petang 25/09/2010 itu, kami sempat berkunjung ke Festival persahabatan Malaysia-Japan yang lebih popular dengan nama BON ODORI di Danga Bay.Festival ini dianjurkan oleh Kelab Japan JB..Tiket masuk free jer..Dah la free, boleh dapat kipas tangan percuma...Pengisian festival; lebih kepada pengenalan kepada makanan , tarian, pakaian dan permainan jepun.Memang meriah.Ada nampak jugak kelibat bos company lama seperti Mr.Ono dan Mr.Mito yang menjadi AJK penganjur..Sekalung tahniah diucapkan..Semoga persahabatn kita n japan terus erat..Ameklah sikap2 positif dari org jepun untuk diterapkan dalam kehidupan seharian dan pekerjaan...
Bak kata pepatah melayu: Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
Wassalam.

Aiskrim Jepun:Macam sodap.Tapi x berani makan..he

Anak2 Jepun cute berkimono



Tarian kebudayaan jepun


Jejaka jepun:Khai san...he

MAJLIS KONVOKESYEN EX-HOUSEMATE

25/9/2010: Hari ni sy berada di JB..Bagi meraikan seorang rakan baik merangkap ex housemate pada majlis konvokesyen masternya di UTM skudai..Namanya Azrul Hisham..Sekalung tahniah diucapkan kepadanya..Berkat kesabaran dan kesungguhan beliau, akhirnya berjaya juga..Sy, abeb, sabri dan khai ke UTM bagi berkongsi momen terindah itu bersama cik jerul kita tue..Majlis penyampaian bermula agak lewat sedikit kerana memberi laluan kepada majlis pemasyuran Yang Mulia Raja Zarith Sofia sebagai Canselor UTM yang baru. Azrul datang bersama keluarganya dan babynya yang cute.

Doa kami, moga Azrul menjadi pensyarah Mechanical yang termantoopp dalam sejarah..hehehe..
Chayok chayokk chayokk!!!!!
Wassalam...

Kereta Rolls Royce milik Raja Zarith Sofia menjadi perhatian ramai

Mohd Azrul Hisham

Jerul,sabri & anak buahnya

Jerol diapit 3 jejaka "macho"..abeb, khai & remz..he