Thursday, February 17, 2011 By: Wan Remz

BROGA HILL 13.2.2011

salam..
Rasanya dah lama tak berkongsi cerita tentang aktiviti terbaru...So, entry kali ni special sket sebab cerita tentang mendaki bukit..Cerita bukit nie, rasanya dah berpuluh tahun x naik bukit..Gunung apatah lagi..Last naik bukit Ungku Busu kat Lumut, Perak...
Baru2 nie, atas desakan & kata2 semangat dari kawan2 ofis, sy telah terpengaruh untuk mendaki Bukit Broga di Semenyih, Selangor..Fuhhh..fuhhh.
Bukit ini memang popular di kalangan pencinta alam & warga kameraman sekalian..Ini kerana di atas puncak bukit ini hanya lalang dan pokok2 renek yang tumbuh..Wahh,, best2..

Ahli XPDC kali ini terdiri daripada 7 orang:
KERETA 1: En hafizi (driver), anak buah & kawan2 anak buahnya...(faham ker)
KERETA 2: En Bad (driver), saya ( co-pilot berwibawa) dan en hafiz (tukang bagi semangat).

Dengan semangat membara, kami bertolak dari Shah Alam seawal 5.00pagi..Dengan menyelusri highway SKVE, kami sampai di kaki bukit bROGA tepat jam 5.30 pagi...Tak sangka pulak time2 macam nie, punyalah sesak kat kaki bukit tue...Semua siap dengan lampu suluh masing2...Kami merentas ladang kelapa sawit terlebih dahulu..pERGGH penat jugak la..Ini belom mendaki lagi..Mana tak penat, takda panaskan padan terus naik jer...Bukit broga ni ada 4 puncak..Kami mampu naik sehingga puncak kedua sahaja..Puncak 3 & 4 tu memang curam sangat...Gembira2 jugak, tanggungjawab jangan dilupa..Kami menunaikan solat subuh di atas puncak pertama..Damainya rasa...Matahari mula menampakkan dirinya sekitar jam 7.40am..Cepat betul naik..Sempat la capture beberapa gambar...Kami mula turun bukit sekitar jam 9.40am..Rupanya turun lagi penat dari naik..Gayat pun ada...Alhamdulillah kami semua selamat turun ke bawah tanpa ada sebarang kecederaan.Perut pun dah lapo sesangat, kami pun gi pekena nasi lemak..

Betul2 di kaki bukit, ada sebuah ladang ternakan arnab secara besar-besaran..Namanya Rabbit Fun land..Tiket masuk dewasa berharga RM 5..Anda boleh berkejar2 dengan arnab sambil memberikan makan..Bukan sahaja arnab, didalam tu juga ada monyet, rusa, keldai dan kambing peliharaan.. Memang fun...Selepas sejam kat situ, kami pun balik la..Penat2 memang la penat tetapi apabila melihat gambo2 di atas puncak bukit Broga, rasa berbaloi segala kepenatan..

Di bawah ada beberapa gambo kenang-kenangan.
Tetap ceria walaupun kepenatan
Puncak pertama broga hill
Baik punyerrrr...rasa macam QABIL AMBAK pulok..
Arnab cute di Rabbit Fun Land
Curamnya menuruni bukit
Team XPDC BROGA HILL
Melompat lebih tinggi
:

Menikmati keindahan alam ciptaan Allah

0 comments:

Post a Comment