Sunday, February 20, 2011 By: Wan Remz

KURSUS PHOTOVOLTAIC,TOKYO ,JAPAN.

Penjelajahan mencari pengalaman hidup diteruskan lagi di bumi Tokyo, Japan. Dengan lafaz Alhamdulillah di atas peluang yang diberi oleh Allah S.W.T untuk mendapat secebis ilmu-NYA yang tersangat luas."ya Allah, aku hanya tahu apa yang dikau ajarkan, sesungguhnya dikaulah ya ALLAH yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.
Saya telah terpilih oleh pihak syarikat untuk mengikuti kursus "Workshop for engineers to Acquire a Technical base of PV certification System (EJMY-3) di AOTS Tokyo Kenshu Center. Bersama2 dengan 13 orang yang terdiri dari researcher, wakil R.O UITM, testing department, wakil Standard department & auditors.
Kami berlepas dari KLIA pada jam 11.30malam 19/2/2011.Perjalanan yang mengambil masa 6 jam 10 minit ini tiba di bumi negara matahari terbit ini pada jam 7.10am waktu Japan. Pertama kali dapat memijakkan kaki di Narita Airport, Tokyo..Di Japan, waktunya awal sejam berbanding Malaysia. Suhu ketika itu ada la dalam 3 darjah celcius..Sejuk tue..Kami dibawa menaiki sebuah bas kecil ke tempat latihan di bandar KITA-SENJU, Tokyo..Perjalanan ada la dalam satu jam setengah.
Sampai sahaja disana, kami disambut dengan meriah. Ada la sesi perkenalan dengan staf AOTS. Sy dan rakan2 ditempatkan di bilik penginapan di pusat latihan disitu.. Banyak jugak pantang larang & peraturan disini...Antaranya:jgn balik lambat melebihi kul 12..kalau tidak pintu kena kunci..hmm..menarik kann..he...tapi kat hostel ini memang bersih...kemudahan pun banyak..meja ping pong pun ada...Yang best tingkap bilik menghadap ke laluan keretapi....Semoga dapat menambah ilmu mengenai photovoltaic dan bermanfaat..Gambateh Kudasai..!

Berdiri di hadapan pusat latihan & bilik penginapan AOTS

0 comments:

Post a Comment