Saturday, March 26, 2011 By: Wan Remz

Hujan emas di negeri orang.....

21.3.2011~25.3.2011..

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri...
Lebih baik di negara sendiri...
Begitulah antara pepatah popular yang selalu saya gunakan di akhir karangan ketika menjawab soalan SPM suatu ketika dahulu....
Dulunya belum mengerti maksud pepatah tersebut secara mendalam..Tetapi kini lebih mengerti...Saya baru pulang dari menjalankan tugasan di bumi Taiwan...Seminggu disana banyak mengajar diri menghargai keindahan & nikmat di Malaysia...Terutamanya dari aspek makanan...Pilihan yang ada ialah seafood n makanan ala2 jepun...Risau jugak kat sini sebab tawan nie keseluruhannya pulau...Menurut rakan2 di sana, Taiwan nie sekali sekala dilanda Typhoon berkelajuan 200km/j dan gempa bumi berskala kecil..Alhamdulillah, semuanya selamat di sana..Tugas di Taichung & Kaohsiung dapat diselesaikan..
Taichung ialah bandar perindustrian...Dari segi aspek tarikan pelancong, agak kurang disini..Yang paling femes disini ialah Night Market Fengjia..Antara pasar malam terbesar di taiwan..Lokasinya begitu hampir dengan universiti..Dibuka setiap hari sehingga larut malam...
Pasar malam nie popular dengan jualan makanan dan pakaian gaya taiwan..Kalau gerai makanan tu, boleh dibungkus balik ataupun makan disitu...Gerai yng paling bnyk orang ialah gerai Tauhu Busuk..Baunya memang busuk..tapi sedap kata Mr Chan...hmm..tak try la...hehhe..Makanan mentah pun dijual..Antaranya encik katak..eksotikk tue...
Pakaian-pakaian memang tak kena fesyen gaya Malaysia..Semuanya gaya muda-mudi taiwan..
Cube mencari benda2 unik yang xda di Malaysia..Akhirnya , jumpa satu alat unik..Ianya untuk mengurut kepala..Diperbuat dari logam yang berbentuk seperti jari halus...Harga rm5...
Bandar Kaohsiung pula popular sebagai bandar perindustrian dan bandar pelabuhan..Sy & rakan2 menetap di Hotel Ambassador yang terletak betul2 di hadapan LOVE RIVER...Dari tingkap bilik sy di tingkat 14, bleh nampak sungai ni sehingga ke laut...Indahnya..Love river satu ketika dahulu dipenuhi dengan kotor.. Namun, atas inisiatif kerajaan, sungai ini telah diperindahkan dan dinaik tarafkan sebagai sungai perlancongan..Memang bersih dan tiada bau busuk seperti dahulu...Ada bot2 penumpang yang lalu lalang membawa pelancong pusing2 di sepanjang sungai ini..Di pinggir sungai dinaik taraf seperti waterfront di Kuching..Ada laluan untuk pejalan kaki, orang nak jogging dan berbasikal...Restoran2 terbuka yang ada persembahan live musikal..Memang happening dan suasana hidupp..Kalau menurut Mr Chan, pada penghujung Tahun Baru Cina di bulan Februari , ada persembahan bunga api...Di tepi pelabuhan, ada kawasan yang diberi nama LOVE PIER tempat kapal2 berlabuh..Yang istimewanya, ada satu tempat tinggalan kolonial England (embassy) di kawasan bukit..Dari kawasan bangunan ini, kita boleh melihat ke kawasan kapal2 berlabuh, bandar2 di tepi pelabuhan dan pulau Cijin...Memang cantikk....Yang letihnya nak menapak naik bukit ni..curam tue walaupun berjalan tar...Dari kawasan pelabuhan ke pulau cijin hanyalah 5 minit...Yang istimewanya ttg pulau Cijin ini ialah produk makanan lautnya,rumah apinya dan pantai yang berombak besar...
Itulah sajalah perkongsian untuk entry kali ini..
Moga pengembaraan mencari ilmu ini mendapat keberkatan dari Allah...Amin..
Wassalam.
.
Di hadapan bekas bangunan kolonial British..

Kenderaan unik..Siap boleh "gostand"lagi.

Feri adalah pengangkutan utama ke Pulau Cijin..Bagi kenderaan bermotor, ada terowong ke sini...


Pandangan malam di LOVE RIVER..Memang meriah habis...Bangunan yang ketiga tinggi tu ialah Hotel Ambassador...


Posing seketika di Love Pier..X jauh dari hotel..
Satu-satunya bot paling cute..Bentuknya seperti bas sedang merentasi banjir..hehe



Dari pandangan tingkap bilikku di hotel ambassador..Terbentang indah Love River...Yang tugu tepi sungai tu adalah kombinasi Naga & Ikan..
Bot pelancongan merentasi Love River..Ala2 Sg. Melaka gitu...


Pandangan pusat bandar Kaohsiung dan pelabuhan dari atas bukit yang adanya british kolonial embassy
Kesibukan di bandar kecil Pulau Cijin.


Kulit siput pun boleh buat bisness.Harga 30NT satu..Lebih kurang RM3,20.

Antara makanan2 laut yang dikering dijual di pasar besar Pulau Cijin


Makanan siput yang eksotik di Pulau Cijin
Pasar Malam Fengjia, Taichung

Alat2 mengurut kepala fenin dan badan di pasar malam Fengjia

Makanan febret saya: Buah2 tempatan..SMILE


0 comments:

Post a Comment