Tuesday, May 17, 2011 0 comments By: Wan Remz

APA YANG ADA DI LUCKNOW

Salam..

Ku singkap tabir Hotel Piccadily, kedengaran pekan kecil Lucknow cukup hingar bingar dengan bunyi hon..ponn ponn...Jam baru pukul 5.30 pagi...dah macam "ALARM" penggerak tidoq pulak hon nie...Subuh di sini awal..dalam sekitar 4.00 pagi..Perbezaan waktu di sini dengan Malaysia dalam 2 jam setengah...Di sini, memang dah jadi habit pemandu suka hon2...Taxi kecil yang bernama tut-tut memang femes..Di belakang tut-tut nie tertera perkataan HORN PLEASEEE.Kalau masuk simpang, memang takda signal..Side mirror memang ditutup..Wah dasyat...Tapi kadar kemalangan di sini sangat rendah..hairan kannn...
Menu febret saya disini ialah Nasi Beriani Aryan..Ditambah pula dengan kari daging kambing + ayam Tandoori..perggh memang marvellouus...Bertambah la saiz badan macamnie..
Sayu melihat mereka2 yang masih tidur di tepi2 jalan...Teringat pulak satu filem yang bertajuk SLUMDOG MILLIONNAIRE yang berlatarbelakang sisi derita penduduk2 India..

Kais pagi makan pagi, kain petang makan petang...Anda boleh melihat ramai mereka yang tidur bergelandangan di pinggir2 jalan sekitar jalan2 kecil di Amousi Industrial Park. Dalam keadaan begitu, kelihatan pemimpin tempatan membina tugu2 peringatan beliau di taman seluas beratus2 hektar..Batu2 yang digunakan untuk pembinaan diimport dari luar..Lantai marmar yang begitu memancar apabila terkena pancaran matahari..Taman peringatan nie masih lagi dalam pembinaan..Saya sempat masuk seketika..Bag diperiksa dgn teliti..Apabila, Mata saya terpaku melihat beratus2 replika gajah yang lebih tinggi dari saya..Rekabentuk taman nie seperti zaman Cleopatra..Pasti harga pembinaan melibatkan belanja berbillion rupee....Wow..Awesome...Tetapi, saya terfikir seketika..Alangkah baiknya, kos2 pembinaan ini digunakan untuk membangunkan perumahan dan menaik taraf penduduk2 di Lucknow..Jikalau Mahatma Ghandi diingati dengan tugu adalah patut kerana jasanya yang besar kepada tanah besar INDIA keseluruhannya..Hmmm entahlah..Bersama2 lah renungkannya...

Saya sempat meluangkan masa selepas masa kerja ke kawasan bersejarah orang Islam yang dikenali sebagai Binaan Imam Mambara..Masa ketika itu jam 5.30pm...Wow, senibinanya begitu indah dan klasik..Kami upah seorang tour guide yang begitu pengalaman yang begitu mahir selok belok dalam kota misteri itu dan boleh berbahasa inggeris...Kasut mesti dibuka diluar memandangkan ianya adalh tempat suci..Tinggal kasut kat luar pun kena charge 2 rupee..is2.....Kami memilih pengembaraan 30 minit sahaja..Kota tersebut mempunyai jalan2 rahsia yang boleh membuatkan anda tersesat...Banyak direction di dinding yang begitu misteri..Tour guide kami menceritakan sejarah tempat tersebut. Arkitek yang membina kota2 itu dari Iran..Bukan sahaja tempat ibdah, kota itu dijadikan kubu perang...Dinding2 itu diperbuat dari bahan2 yang unik..apabila kita berbisik2 di suatu sudut jauh, kita boleh mendengarnya dengan jelas...Tour guide itu cube buat praktikal..Katanya "Hurry Up"..Wow, begitu jelas sekali katanya..Ini bagai mengelakkan musuh mendengar perbualan..Di dalam kota ini ada lubang2 sistem peredaran udara yang unik dan mengagumkan..

Apa yang boleh dikatakan disini, INDIA memang unik ...Allah menjadikan berbagai2 bangsa di dunia, bagi kita mengenali satu sama lain..Apa yang positif tentang orang India, mereka begitu friendly & melayani tetamu dengan sangat baik...Setakat ini sahajalah lembaran kisah dari India..Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan iktibar..

Wassalam..

Basikal kenderaan utama di Lucknow


Tut tut....comel kan?..


Di kawasan tugu peringatan menteri besar negeri


Kota Imam Mambara di Center of Lucknow