Saturday, April 23, 2011 0 comments By: Wan Remz

MENARA TAIPEI 101

I'm come again...Salam..

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman & fakta tentang menara yang tertinggi di dunia...Idea ini datang setelah saya berpeluang melihat sendiri menara yang antara tertinggi di dunia iaitu Menara Taipei 101,Taiwan pada waktu malam..Kesempatan seketika berdiri di hadapan dan melihat dari ruangan kaca menara tinjau begitu membuatkan saya teruja melihat kesibukan & keindahan cahaya2 lampu bangunan bandaraya Taipei yang merupakan ibu negara Taiwan..Wow..GReat.!!!

Menara yang siapa dibina pada 2004 dengan ketinggian 508 m ini menjadi mercu tanda bandaraya Taipei..Ianya mempunyai lif yang berkepantasan 63km/h ini pastinya membuatkan telinga berdesing apabila tiba sahaja di atas..Ketika naik, lif ini akan gelap..Diatas ruangan atas lif ini, akan keluara imej2 buruj2 yang bergerak..Cantikk...Untuk pengetahuan anda, Menara ini dibina dengan sistem penyerap hentakan/gegaran gempa bumi yang berbentuk seakan2 bola dengan berat 80o tan. Ia dapat megurangkan gegaran/gerakan sebanyak 40%.Anda boleh melihatnya..Seperti KLCC, ruang bawah menara ini mempunyai pusat membeli belah..

Rekod bangunan paling tertinggi dipegang kini ialah Burj Khalifah,Dubai yang berketinggian 828m..Ish2..dasat betul...Hampir2 satu kilometer..

Apa hikmahnya di sebalik semua ini. Sebenarnya kegilaan manusia berlumba2 manusia membina bangunan pencakar langit adalah antara tanda2 kecil hari kiamat..Ayuhh kita beringat2...Dunia kini telah tua dan hampir2 ke penghujungnya.. Apabila ditanya pada Rasulullah, bila berlakunya kiamat..Rasulullah menggambarnya dekatnya kiamat itu dengan menunjukkan isyarat tangan jari telunjuk yang dirapatkan dengan jari hantu..Itu 1400 tahun dahulu..Bersama2 lah kita mengambil iktibar...Wassalam...

Ranking menara tertinggi di dunia


MENARA TAIPEI 101


Dari dalam lif



DAMPER MENARA TAIPEI 101

Wednesday, April 20, 2011 0 comments By: Wan Remz

Kisah Nakornpathom & Setin TUNA

19/4/2011
Salam..


Ini adalah entry yang ke 100 sy..Wahhh..Tidak sangka pula dah menulis blog sebanyak tue..semoga ianya dapat memberi manfaat kepada para pembaca budiman sekalian..Mesti anda tertanya2..apalah maksud Nakornpathom tue..?? Nakornpathom tue salah satu bandar di Thailand..Maksud perkataan tersebut ialah first city..Saya ke sana minggu nie...Ni kali kedua ke negara yang lebih sinonim dengan gajah...Jgn ingat demonstrasi BAJU MERAH je eh...Flight MAS MS 782 menerjah awan memasuki ruang udara Thailand dan mendarat di Airport Suvarnabhumi, Thailand tepat jam 4.30pm waktu Thailand.. Untuk makluman, waktu di sini lewat satu jam dari Malaysia...tapi 6.15pm kat sini dah masuk maghrib...Airport ni memang bz bebenor...bersimpang siur flight dari pelbagai negara..


Setibanya di balai ketibaan, mataku meliar mencari siapalah wakil dari syarikat yang tunggu..Akhirnya mataku terhenti memerhatikan seorang lelaki Thai setengah abad berbaju pink yang memegang sepanduk bertulis En.Ramzi...Wahh..dah jumpe..bisik hatiku yang sedia kecil nie..he...Berjabat tangan lalu aku dibawa ke parkir kereta di luar airport.. Van lama berwarna biru dinaiki..


Perjalanan pun bermula ke Nakornpathom Province. Jaraknya adalah dalam 56km dari Bangkok.. ...Berselilisih lah dengan kenderaan yang berasak2 dan keadaan jalan yang jam..Adooiii..Memang hiruk pikuk suasana bandaraya Bangkok nie...Kelihatan penjual2 makanan ringan dan kalungan bunga menghampiri kereta2 yang berhenti di lampu isyarat bagi menjual barangan mereka..Sepanjang perjalanan pakcik driver tu langsung x tegur..diam jer..Maybe, tak berapa fasih bahasa Inggeris..Setelah menempuh perjalanan yang memenatkan selama 2jam 30 minit..Akhirnya sampai...Tersentak aku dibuatnya dengan perkataan "RIVER HOTEL ,Sir....'hmmm..akhirnya bersuara jugak pakcik driver nie..he..Wahh masa utk rehat...krukk krukk krukk..perutku mula berlagu keroncong..Laporrnya..Tengok dalam list makanan hotel..perghh semuanya daging dan pork..memang tak bleh makan...Mujurlah ada bawk bekalan sket dari Malaysia iaitu sebungkus roti kentang + tuna ayam brand...Alhamdulillah...At least buat alas perut..

Tepat jam 11.00pm.., masuklah tidoq...zzzzzzzzzzzzz...Jumpe lagi di perkongsian yang akan datang..


Wassalam...


Lokasi Nakhonpathom didalam peta Thai

Traffic Jam....Tensen2...


Rezeki malam nie: POTATO BUNS + TUNA

Tuesday, April 19, 2011 0 comments By: Wan Remz

Little Reunion at JB 16-17/4/2011

Salam.

Setelah sekian lama tidak meringankan jari jemari menaip entry blog, akhirnya sy kembali lagi..

hehe..Kali ini story tentang Little Reunion at JB.Macamane bleh reunion nie??Sebenarnya tak plan pun, berjumpa sebab menghadiri majlis kesyukuran sahabat lama, Saudara Safuan & pasangannya ida di Dewan Rumah Alumni, UTM skudai..Watak2 utama dalam reunion ini ialah sy sendiri, abeb, khai, sabri n safuan..Watak tambahan yang muncul2 last2 minit ialah DJ...Cume cik jerul jer xda..Memang gamat abisss...


Hari sabtu tue, aktiviti sebelah pagi dipenuhi dengan majlis kesyukuran dan photografi pengantin outdoor di Putri Harbour Nusajaya...Kesian pengantin, kami dera dengan berbagai2 pose yang sukar n diluar kebiasaan..Maafkan kami yer en safuan..Kiteorang memang suka dera2 org nie...hahha..Memandangkan maghrib dah menjelang, kami bersolat maghrib di Petronas Gelang Patah..Selepas tue menolong safuan mengangkat barang2 ke rumahnya..Habis jer bertungkus lumus tue, kami beramai2 ke Restoran Arena..Pekena air + Otak2 + fries..nyum2..sedappp tue...


Hari Ahad..program santai2 pun bermula..Kami outing ke beberapa jalan2 di JB untuk amek gambar2 menarik..Selepas tu terus jer ke CS untuk Lunch dan ke Angsana..

Yeahh..masa untuk pulang..Bas Express Maju akan bergerak ke shah alam pada jam 5.30pm..Tgh2 mata tercari2 bas Maju tue, terserempak pulak dengan Lili & Suaminya...wahh, nampak bahagia gitu...baru kahwin jugak tue..

Bas sampai terlewat 30 minit..Ape ape pun thanks en khai sebab bagi tumpang rumah & bagi katil yang empukkk...best2...InsyaAllah, moga ukhuwah antara kami semua berkekalan..Harap2 dapat berjumpa dalam Little Reunion yang akan datang..disebabkan semua still bujang, Siapa agaknya yang akan kahwin dulu eh??...tungguuuuu...!!!

Wassalam....

Mempelai yang diraikan..Bagai pinang dibelah2..Selamat pengantin baru..=)


En Sabri..Model back up untuk sesi photografi


Abeb san...Gigih betull..

Tuesday, April 5, 2011 0 comments By: Wan Remz

Baekwoon Plaza,Kimchi,Gwangyang,806,Gimpo

4/4-9/4/2011..


Pelik sungguh dengan tajuk pada entry kali ini..Sebenarnya, semua perkara di atas berkait rapat dengan Korea Selatan..Saya ke sana minggu ini bagi menjalankan tugasan..

Di dalam nukilan saya kali ini, sy akan berkongsi serba sedikit kehidupan disini..

Perjalanan dari KLIA -->INCHEON mengambil masa sekitar 6 jam dengan Korean Airlines...

Lama tue...Biasanya kalau flight ke Asia Timur mesti tgh2 malam..memang mengantuk habiss..

Sampai sana sekitar 6.30pagi..

Dari Incheon International Airport, ambil bas ke Gimpo Airport..Di Incheon tiada flight untuk domestik..Di Gimpo Airport sahaja yang ada..Setelah membeli tiket bas, tunggu jer kat depan airport..Tak lama lepas tue ada la bas yang tertera dihadapannya "GIMPO AIRPORT"..Bas ini macam bas limo..Driver bas siap pakai baju ala2 kapten kapal terbang..Bagasi diletak di ruangan "perut" bas..dan diletakkan nombor pengenalan untuk mengelakkan kesalahan mengambil bag...Perjalanan ke Gimpo Airport mengambil masa sekitar stengah jam...Di Gimpo, kami mengambil kapal terbang ke Yeosu di bahagian Selatan Korea..Berdekatan dengan tempat yang dituju iaitu GwangYang..Flight tengahari..Kena la tunggu 3 jam..

Sy & rakan2 menetap di Baekwoon Plaza..Hotel yang disediakan untuk pelawat2..Bilik no 806..Alhamdulillah, selesa jugak..Ada internet & ada TV..Beresss...Kemudahan yang disediana seperti bilik sterika, bilik membasuh & air minum..Yang speselnya, air minum ini, cawannya adalah kertas bentuk kon..Air memang tak tiris keluar..Teringat pulak KERTAS TURAS macam belajar sains tingkatan 3...hehehe..Jimat & lebih mesra alam jika dibandingkan penggunaan cawan kertas...

Di Korea, makanannya tak jauh berbeza dengan Malaysia..Makanan biasanya dimasak..Kalau kat China, Japan & Taiwan suke makanan yang mentah2 & sup..Orang disini suka makan sayur yang pelbagai..Dalam satu mangkuk nasi, akan diletak bersama2 dengan sayur-sayur..Kemudian digaulkan dengan nasi2..Di samping nasi bersayur, ada disediakan bersama2 menu2 yang lain seperti seafood dan sayur pedas..Sayuq pedas ni biasanya kobis dipanggil Kimchi disini...Boleh tahan sodapp.....Hmmm...makin 'sihat" la badan nie nanti..he

Okey..masa untuk merehatkan diri...

Semoga urusan disini dipermudahkan...Amin..Wassalam..



Cawan ala2 kertas turas.Dijamin x bocor..



Nyum2..sayuq...sayuq...


Di dinding lif Baekwoon plaza ada tanda amaran..."Jangan bunuh diri melalui terjun tingkap"..he



Alhamdulillah..rezeki makan malam ari nie.Banyak sayuq..


Nasi sayur-sayuran + sup sayur + kimchi...




Domestic Korean Air...

Friday, April 1, 2011 0 comments By: Wan Remz

Sekilas kisah di Kuantan, Pahang

29-30/4/2011

Selepas menunaikan solat Subuh..Perjalanan ku bermula jam 6.45am dari bumi Shah Alam..

Titisan hujan membasahi keretaku sejak dari perjalanan bermula dari Lebuhraya Pantai Timur hinggalah ke bumi Pahang..

Perjalanan dirasakan begitu panjang...Ada la dalam 3 jam perjalanan...Demi tugas & tanggungjawab, penat lelah memandu ku telan jua...Sampai2 terus ke Kawasan Industri Gebeng...Inilah pengalaman pertama ku menjejak kaki ke bumi Pahang..Sebelum nie, hanya singgah sebentar di stesen Bas Kuantan disebabkan dulunya sy pernah belajar di Kolej Matrikulasi Teras Timur, Terengganu...Jadi, kiranya macam tak pernah sampai la jugak...he

Setelah selesai tugas..Check in Hotel Vistana milik YTL...Rehat2 jap..Kata kawanku Jerul, jarak dari situ ke Pantai Telok Chempedak dkat jer...So, ptg tu pergi la layan blues menikmati keindahan pantai Telok Cempedak..First time sampai...Deru angin Laut China Selatan begitu kuat sekali...Ditambah pula desiran ombak kuat memukul pantai...Kelihatan riang tawa anak2 berlari2 di pesisir pantai..Tetapi tidak boleh mandi..Bahaya tue..Di pesisir pantai ni, banyak kedai2 cenderamata & kedai makan dibuka..Ditambah meriah pula dengan adanya KFC & MC'D yang dibuka 24 jam...Hujan renyai2 membasahi pada penghujung petang..Masa untuk pulang ke hotel..Malam ni ada temujanji dengan En Azrul..Katanya nak bawak makan tempat yang best...Dalam migrain2 die pun sanggup datang jenguk..Jauh tu dari rumah.Thanks cik jerul..Kami makan di sebuah kedai makan ikan bakar..Memandangkan dah kul 10pm, tak makan la yang berat2..Ringan2 jer sambil menikmati keenakan kepok lekor kuantan..Sedappp..Ikan banyak dan kurang tepung..Kalau beli area selangor, memang x rasa ikannya..


Besoknya sambung keje kat area semambu & pulang ke Shah Alam..


Akhir kata, yang istimewanya tentang Kuantan ni ialah Signboard..Banyak sekali signboard yang memerli pemandu2 yang tidak mematuhi peraturan jalan raya..Antaranya sperti gambar di bawah...hehe



Wassalam...



P/S: Pantai Cahaya Bulan, Kelantan belum sampai lagi nie...



Signboard PERLI

..

Keindahan Pantai Telok Chempedak




Kelihatan sang monyet sedang menunggu mangsa...he

.

Indahnya..Damai fikiran...Hilang stress.


Menara peninjau .