Friday, December 25, 2009 4 comments By: Wan Remz

INFO 10: AVATAR

AVATAR suatu filem hebat arahan James Cameroon.
Baru nie sy dan kawan2 berpeluang menonton filem nie...
Memang best dan terpukau dengan hasil teknologi CGI yang dihasilkan utk filem nie..Anda pasti x mengantuk walaupun menonton di tengah2 malam..Awesome!
Jangan ketinggalan.Watch out...
Wednesday, December 16, 2009 1 comments By: Wan Remz

INFO 9: HARI JADI KE 26

Alhamdulillah, pada 12.12 yang lalu genaplah 26 tahun sy hidup di dunia ini. Sekejap jer masa berlalu..
Betul kata Khatib khutbah jumaat, dunia ini hanyalah sementara,akhirat jualah yang kekal abadi..Rasa macam semalam jer mak melahirkan sy ke dunia ini..Dah banyak pengalaman yang ditempuh dari zaman sekolah sampai zaman bekerja sekarang.. Yang baik jadikan amalan, yang buruk jadikan sempadan..Yang penting sentiasa merperbaiki diri dari masa ke semasa..
Semoga dengan pertambahan usia, corak pemikiran lebih kritis dan matang. Diharapkan dapat meningkatlah ilmu dan amalan agama..Semoga Allah sentiasa membimbing daku ke jalan yang benar..Amin.. (^_^)
Sunday, December 13, 2009 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 8: ANNUAL DINNER PCM 2009

PCM sekali lagi menganjurkan annual dinner untuk tahun 2009. Dinner ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada para pekerja yang bertungkus lumus sepanjang tahun...Dengan bertemakan Glamourous Night, ternyata dinner kali nie menampilkan kelainan kerana diadakan di BAY LEAF Danga Bay.Walaupun tema glamour, sy hanya memakai pakaian yang kemas dan simple sahaja..Almaklumlah low profile..Danga View restaurant diamanahkan utk menyediakan makanan untuk tetamu kira2 2000 orang yang memenuhi dewan.
Terdapat 9 hidangan Chinese Style yang dihidangkan..Bagi kami semeja yang kuat makan, makanan malam tue kire cukuplah sebagai alas perut..hehe..
Pelbagai program menarik diatur oleh pihak penganjur antaranya Tarian Tradisional, Fashion Show, Persembahan Ahli PCM, Lucky Draw dan lain2 lagi...Alhamdulillah sy dapat hadiah lucky draw tempat ke 65..Dapatlah satu sling bag.. boleh la buat beg gi shopping / balik kampung..he..
Diharapkan program2 dapat diteruskan di masa yang akan datang. Semoga majlis yang akan datang dari segi kualiti pengisian program yang lebih bermesej dan hadiah lucky draw dapat ditambah lagi...
Terima kasih...
Wassalam...

PROGRAM 7: Majlis Kahwin Hazli & Dalilah

Special entry.
Alhamdulillah, En Hazli dan Cik Dalilah kita telah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada tanggal 12/12/2009..Mereka berdua pernah berkhidmat di PCM dan kini kedua2nya berkhidmat di UTHM, Batu Pahat pula.Kata orang, kalu jodoh tu tidak kemana..
Pasangan ini dinikahkan di Masjid Sri Pulai.Dengan sekali lafaz sahaja, Nur Dalilah sah menjadi isteri En. Hazli.
Majlis kenduri kahwin sebelah perempuan pula diadakan di Dewan Alumni UTM.Memang pasangan ini tampak sejoli & secucuk sekali. Bak kata pepatah, Ibarat Pinang dibelah dua.
Dengan bertemakan rona2 keunguan,kedua2 mempelai nampak seperti Raja...Raja sehari la katakan...chewahh.. Antara rakan2 yang sempat hadir ialah Erwin, Aisyah, Chan, Khai, Hairul & Famili, Fetty, dan lain2 lagi.
Walauapepun, Tahniah diucapkan. Moga bahagia hingga ke akhir hayat...Amin...
Doakan lah untuk kami yang masih single lagi nie..he..
Di bawah adalah gambar sekitar majlis mereka berdua..

Sunday, November 29, 2009 0 comments By: Wan Remz

INFO 8: NUR KASIH & IMPAKNYA

Drama popular NUR KASIH di TV3 telah melabuhkan tirainya pada 27/11/09 yang lalu. Episod akhir nie menjawab segala teka teki konflik cinta antara ADAM, AIDIL, LIYA, SARAH dan NUR. Ternyata cinta NUR untuk ADAM jua..Chewahh jiwang le plak.. Ternyata drama nie telah membawa fenomena besar kepada jutaan penonton di Malaysia. Keistimewaan drama ini ialah memaparkan suatu realiti kehidupan dengan disuntik dengan elemen Islamic. Kemunculan drama yang ber'genre" seperti nie ternyata membawa impak yang positif kepada lapisan masyarakat. Dikala masyarakat kita disogokkan dengan terlalu banyak drama dan filem berorentasikan gejala sosial seperti rempit, pelacuran dan sebagainya, drama nie ternyata dapat memaparkan keindahan Islam itu sendiri. Hubungan kekeluargaan juga sangat indah di dalam drama ini. Dengan latar belakang sinematografik hebat hasil garapan pengarah Khabir Bhatia dapat menaikkan lagi mood dalam drama nie. Cinta ni adalah hak milik setiap insan. Tetapi bagaimana kita membawa cinta itu dengan mengikut lunas2 syarak..Itu yang lebih penting..
Tahniah diucapkan kepada produksi Nur Kasih. Semoga dapat menghasilkan drama2 yang berkualiti seperti Nur Kasih lagi di masa2 yang akan datang.
Terima Kasih..Wassalam.
Saturday, November 21, 2009 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 6: MC DI MECHA UNITED DINNER

Pada 12 october 2009 yang lepas, sy berpeluang mengacarakan Mecha United Dinner yang buat julung2 kalinya diadakan. Program disertai oleh semua seksyen Mekanikal di RND Panasonic Senai. Program ini diadakan di PALM VILLA GOLF RESORT..Dinner ini disertai oleh 50 orang termasuk boss iaitu Mr Eguchi and Mr Yamamoto. Bermula dari jam 7.30pm hingga 9.30pm. Dinner kali ni bukan makan semata2, tetapi diselitkan dengan games dan lucky draw..Memang gamat dewan dibuatnya dengan telatah2 mereka.Program ni ternyata dapat membantu mengeratkan ikatan persahabatan sesama staf mekanikal..Moga2 ada lagi la MECHA UNITED DINNER yang ke 2 nanti. Berikut adalah beberapa gambar kenangan semasa majlis tersebut:

Antara "mangsa" yang kena dera dengan MC malam tu

"Selamat Datang"

Gambar kenangan bersama di akhir majlis..

Sunday, November 15, 2009 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 5: TADIKA ANUGERAH DIDIK GRADUATION DAY

Pada 15/11/2009, sy telah dijemput menjadi MC oleh Pengetua Tadika Anugerah didik bagi mengendalikan PROGRAM "GRADUATION DAY 2009".Ini adalah kali pertama jadi MC untuk program luar. Biasanya jadi MC untuk dinner PCM_FAX Mecha jer. Perasaan nervous memang la ada.Tapi niat nak belajar & dapat pengalaman baru dalam bidang pengacaraan nie..Chewahh.

Program ni berlangsung seawal 10am sehingga 12pm. Ramai yang datang terutamanya ibu-bapa dan ahli keluarga. Nie kiranya batch pertama yang graduate. Bermula dengan nyayian LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI JOHOR, LAGU KRISTA & LAGU JALUR GEMILANG dabn diikuti dengan bacaan ikrar rukun negara.Kemudian, agenda majlis diteruskan dengan acara penyampaian sijil dan cenderahati. Bagi menggamatkan lagi suasana, ada slot persembahan pelajar. Wah, memang best melihat telatah mereka membuat persembahan.. Antara persembahan yang mendapat perhatian ialah tarian hindustan dengan diiringi lagu Kol Mil Gaya & Ladhi badi ann janihee..MC pun rasa macam nak menari gak..hehe..Memang best..Di ujung majlis , pengetua, cikgu2 dan seluruh pelajar menyanyikan Lagu RASA SAYANG & GELANG SI PAKU GELANG..Dan tidak lupa jugak Majlis meraikan pelajar2 yang menyambut Hari Jadi pada bulan Nov & Disember..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sy juga dapat menimba pengalaman yang baru..Semoga program nie akan dapat memberi manfaat kepada semua.
WASSALAM.
Wednesday, November 4, 2009 0 comments By: Wan Remz

INFO 7: TABUNG GEMPA BUMI SUMATERA

Baru2 ini, seluruh dunia dikejutkan dengan kejadian Gempa Bumi yang dasyat di Indonesia. Gempa bumi Sumatera Barat 2009 terjadi dengan kekuatan 7,6 Skala Richter di pantai Sumatera Barat pada pukul 17:16:10 WIB tanggal 30 September 2009. Gempa ini terjadi di lepas pantai Sumatera, sekitar 50 km barat laut Kota Padang.Gempa menyebabkan kerosakan parah di beberapa wilayah di Sumatera Barat seperti Kampung Padang Pariaman, Kota Padang, Kampung Pesisir Selatan, Kota Pariaman, Kota Bukit tinggi, Kota Padang Panjang, Kampung Agam, Kota Solok, dan Kampung Pasaman Barat.
Menurut data dari pihak kerajaan Indonesia, seramai 1,115 orang meninggal akibat gempa ini, luka parah mencapai 1,214 orang, luka ringan 1,688 orang dan yang hilang 1 orang. Ratusan ribu rumah jugak rosak teruk dan ramai yang hilang tempat perlindungan. Daripada statistik yang dasyat ini, moga2 terdetik rasa simpati di dalam jiwa kita.
Oleh itu , ayuh bantulah mereka dengan hulurkan sumbangan..Pihak NSTP & MEDIA PRIMA telah melancarkan TABUNG GEMPA. Jika ada rezeki lebih tue, marilah bersama2 menyumbang melalui akaun MAYBANK: 514105-320757 ...
TERIMA KASIH..
"Hari ini hari mereka diuji ALLAH, mungkin bsok lusa hari kita pula".
Semoga Allah menjauhkan negara kita dari bencana ....Wassalam
Info dipetik dari:

INFO 6: KELANTAN OH KELANTAN

Bila sebut tentang Kelantan,pasti ada yang terfikir tentang wau bulan,kepok lekor, musim tengkujuh, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan berbagai2 lagi..Tapi itu bukan bingkisan utama yang ingin dipaparkan kali nie...

Yang pertamanya..Dalam bulan November banyak betul cerita tentang Kelantan. Pasukan Bola Sepak Kelantan mengakhiri penantian selama 40 tahun untuk memasuki Final Piala Malaysia..Pada tahun terakhir, Kelantan layak ke final, pasukan itu kalah 2-0 kepada PERAK...Kali ni 2009, Kelantan akan bertemu dengan pasukan Jang iaitu negeri Sembilan..Dengan motto, GOMO KELATE GOMO, semoga Kelantan sukses merangkul Piala Malaysia..

Yang Keduanya...Ini cerita tentang Kawan baik saya sejak zaman belajar lagi iaitu En Azrul Hisham..Beliau akan melangsungkan majlis perkahwinan dengan pilihan hatinya, Yeen..InsyaAllah, maybe sy dan beberapa kawan lain akan ke sana bagi memeriahkan suasana..hehe..Sambil2 tue bleh jalan2 Ganu & Kelate..Dah lama rasanya x jalan2 ke pantai Timur..Apepun..semoga berbahagia selalu yer cik jer..Nak tau info tentang program nie, nanti akan diceritakan lebih lanjut dalam naskah blog yang akan datang..Tungguuu!!!..
Wassalam....
Wednesday, October 28, 2009 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 4: KENDURI HAFEZ & NORIDAH

Pada ahad yang lepas, sy mendapat jemputan ke majlis perkahwinan kawan seofis iaitu Hafez & Noridah kat Yong Peng.
So, sy, khai & abeng berkongsi kenderaan ke sana..Kami bertolak sekitar 11am.Malangnya, kami diuji dengan kenderaan rosak. Dalam perjalanan itu, kedengaran bunyi enjin krut krut krut dan mengeluarkan bau hangit. Kami berhenti di kilometer 12.9 highway PLUS. Rupenya2, kereta milik ayah khai mengalami masalah bearing enjin pecah. Last2 kena tarik ngan Tow truck sampai ke worksyop kat Muar.Kena caj dalam RM150 le jgak..
Tunggu punya tunggu, Mekanik tue inform enjin nie siap repair dalam seminggu...Sebab nak wat major repair...So, melepas la kiteorang nak makan nasi minyak..Mujur la khai ada sedara kat Muar..Kiteorang pinjam keta Kancil sedara die balik JB. Tragis sungguh citer nie.huhuhu..
Moral of the story: Berhati2 di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.
Kepada Hafez & Noridah: Selamat Pengantin Baru. Moga bahagia hingga ke akhir hayat.

Wassalam
Gambar pengantin (Ihsan dari kawan2 yang pergi)

INFO 5: YAYASAN AL-IJABAH

Salam..
Yayasan Al Ijabah ini diasaskan oleh Ustaz Amin untuk menjaga kebajikan anak2 yatim Al Ijabah dan membantu pesakit2 AIDS di Darul Ukhuwah..So, sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menyumbang ke akaun CIMB seperti yang tertera di bawah.Makluman lanjut bolehlah ke http://www.ustazamin.com/
"Bersatu kita berbakti demi membela nasib mereka yang memerlukan"
Wassalam
".
Tuesday, October 27, 2009 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 3: KEJOHANAN BADMINTON INTER RND

Beberapa bulan yang lepas, sy berpeluang menyertai kejohanan badminton RND 2009. Memang la nak banding dengan Dato' Lee Chong Wei, memang la jauh panggang dari api..Yang datang semuanya hebat2 belaka..Tapi apa salahnya mencuba. Hasil usaha dan tanpa putus asa, kumpulan sy telah bergelar juara keseluruhan. Alhamdulillah...So, disini dipaparkan beberapa gambar kenangan di kejohanan tersebut.

" Kejayaan bermula dengan usaha, usaha itu bermula dengan niat".

Wassalam.
Gaya seorang juara..hehe

PROGRAM 2: BON ODORI FESTIVAL

Pada kali ini sy ingin menceritakan perkaitan antara BON ODORI & SARDIN...
BON ODORI adalah suatu festival kebudayaan Japan. Manakala , Sardin pula adalah makanan dalam tin pilihan utama bagi mereka yang bujang dan student ..Sardin ini ada macam2 jenis. Kalau kat Johor nie terkenal dengan sardin Botan & sardin Cinta.. Bukan itu perkara utama yang ingin sy ceritakan.
Pada tanggal 24/10/09 yang lalu, saya dan beberapa rakan2 ofis berpeluang ke festival Bon Odori nie.. Festival ini bermula pada jam 5pm ~ 9pm..Terima kasih kepada boss, Mr Eguchi kerana sponsor beberapa kupon dan tiket cabutan bertuah2..
Memang ramai org yang datang semata2 ingin menunggu pengumuman cabutan bertuah..Hadiah2 yang ditawarkan sgt2 lumayan.. Dalam fikiran sy dah terbayang TV PLASMA VIERA 42 inci..hehe.. Pengumuman pun dibuat..Alhamdulillah, no bertuah saya 1705 diundi mendapat hadiah tempat ke 13..Ok ape...Maybe dapat periuk nasi, bisik hati kecilku....Last2 gi kat kaunter redeem...Tetiba wanita jepun yang jaga kat kaunter tu dengan selambanya bagi sardin KING CUP. 2 tin kecil, 1 tin besar..hehehe.adooi..punah harapan ku..Tapi syukur sgt2 dapat sardin sebab ramai gak yang x dapat apa2..

"Di saat kita tidur dalam kekenyangan, ramai lagi insan yang tidur dalam kelaparan.Fikir2 kan."..

Wassalam
Saturday, October 24, 2009 0 comments By: Wan Remz

INFO 4: KEINDAHAN ALAM

Allah menjadikan alam nie bagi kita bersama2 melihat kebesaran-NYA..Dengannya, kita dapat mengambil iktibar dan bersyukur. Jadi semasa XPDC jalan2 cuti malaysia ke MELAKA baru2 nie, sy sempat merakamkan panorama indah langit di waktu senja..Memang mengagumkan.. :)
"Lihatlah sesuatu dengan mata hati, kerana mata hati itu lebih tulus & tajam pengamatannya"
Wassalam.

INFO 3: SENYUM

Senyum dapat menzahirkan berbagai makna yang tersurat di dalam hati kita.Senyum dapat menyampaikan mood anda ketika itu secara tidak langsung. Ada orang gumbira, die senyum...Sampai nampak gigi plak tu..Ada yang senyum-senyum kambing, biasanya orang macam nie die ngada2 siket..Dan ada orang senyum perli. Kalu nak tau senyum perli, tgk orang tu kalu senyum mulut tertutup, pastu herot ketepi sket...dan Ada orang yang senyum n tetiba nangis2..jauhi la orang nie, maybe die ada harapan menjadi kurang waras yer.hehe.Walaupun pelbagai definisi dikaitkan tentang senyum,yang penting senyumlah hari2 kerana senyum itu adalah sedekah dan Rasulullah S.A.W sendiri pun selalu tersenyum...

"Yang baik jadikan amalan, yang buruk jadikan sempadan"
Wassalam..
Friday, October 23, 2009 0 comments By: Wan Remz

INFO 2: TAIPING, PERAK....

Berdasarkan buku geografi Tingkatan 3 m/s 56 menyatakan Taiping adalah bandar yang paling lembab di Malaysia...Asyik hujan jer.. So, suhu kat sini memang nyaman... Sejarah Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Banyak tempat yang boleh dilawati di sini. Antaranya, Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut... kalu nak melawat MRSM TAIPING pun boleh..hehe..Ape lagi CUTI2 mALAYSIA lahh.KEJORR YOPP KEJORR.. Gambar sy berlatangbelakang panaroma indah Taman Tasik Taiping.
Tuesday, October 20, 2009 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 1: JAPAN FESTIVAL WEEK

Beberapa bulan lepas, Mr Eguchi ada bagi tiket free ke Japan Festival Week kat JB. Festival ini dianjurkan JOHOR JAPAN CLUB. So, malam tue sy dan hsmate berpeluang pegi melawat ke situ. Memang best. Di situ ada pameran makan2 JEPUN, tarian Jepun dan permainan Jepun. Boss2 PCM macam Nakamura san dan Matsuo san begitu sporting mengendalikan booth Permainan Jepun. So, harap2 next year boss dapat sponsor tiket lagi. TQ.



Saya bersama2 Nakamura san, hsmate & Ono san
Wednesday, September 2, 2009 0 comments By: Wan Remz

KATA2 ALUAN.

SALAM .

Alhamdulillah, akhirnya personal blog sy berjaya dilancarkan.
Harapnya blog nie dapat menjadi wadah perkongsian ilmu & pengalaman
untuk dijadikan panduan bagi menghadapi kehidupan yang kian mencabar.
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang barakah nie.
"LiFE IS BEAUTIFUL"