Sunday, December 13, 2009 By: Wan Remz

PROGRAM 7: Majlis Kahwin Hazli & Dalilah

Special entry.
Alhamdulillah, En Hazli dan Cik Dalilah kita telah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada tanggal 12/12/2009..Mereka berdua pernah berkhidmat di PCM dan kini kedua2nya berkhidmat di UTHM, Batu Pahat pula.Kata orang, kalu jodoh tu tidak kemana..
Pasangan ini dinikahkan di Masjid Sri Pulai.Dengan sekali lafaz sahaja, Nur Dalilah sah menjadi isteri En. Hazli.
Majlis kenduri kahwin sebelah perempuan pula diadakan di Dewan Alumni UTM.Memang pasangan ini tampak sejoli & secucuk sekali. Bak kata pepatah, Ibarat Pinang dibelah dua.
Dengan bertemakan rona2 keunguan,kedua2 mempelai nampak seperti Raja...Raja sehari la katakan...chewahh.. Antara rakan2 yang sempat hadir ialah Erwin, Aisyah, Chan, Khai, Hairul & Famili, Fetty, dan lain2 lagi.
Walauapepun, Tahniah diucapkan. Moga bahagia hingga ke akhir hayat...Amin...
Doakan lah untuk kami yang masih single lagi nie..he..
Di bawah adalah gambar sekitar majlis mereka berdua..

0 comments:

Post a Comment