Sunday, June 26, 2011 0 comments By: Wan Remz

FAMILY DAY DI GENTING HIGHLAND

25-26/6/2011



yeahhh!!!...family day kali ni di Genting Highland...

2 hari 1 malam..Bersama2 dengan angkatan yang terdiri daripada tashriff, hafiz & li meredah ke puncak genting dengan kereta jer..Keadaan jalan yang berkabus tebal ditambah dengan hujan lebat menggusarkan jiwa ni..Jalan yang berselekoh tajam begitu menggerunkan..Dgn pandangan sekitar 10m jer...Alhamdulillah, sampai jugak ke puncak...

Kami check in di hotel first world...

Antara aktiviti2 di sana:mencuba permainan extreme outdoor & indoor, pertandingan bowling, pakaian beragam dan senamrobik...memang mngujakan..

Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan siratulrahim sesama pekerja...

Wassalam.



Superman coaster....Kena bayar extra RM10



Badut memeriahkan suasana di sekitar kawasan outdoor

.

Jurassic Park....seremmmmm


Ada gaya Fernando Alonso x?Baik punyerr..

Spinning spinning sampai pening

Tuesday, May 17, 2011 1 comments By: Wan Remz

APA YANG ADA DI LUCKNOW

Salam..

Ku singkap tabir Hotel Piccadily, kedengaran pekan kecil Lucknow cukup hingar bingar dengan bunyi hon..ponn ponn...Jam baru pukul 5.30 pagi...dah macam "ALARM" penggerak tidoq pulak hon nie...Subuh di sini awal..dalam sekitar 4.00 pagi..Perbezaan waktu di sini dengan Malaysia dalam 2 jam setengah...Di sini, memang dah jadi habit pemandu suka hon2...Taxi kecil yang bernama tut-tut memang femes..Di belakang tut-tut nie tertera perkataan HORN PLEASEEE.Kalau masuk simpang, memang takda signal..Side mirror memang ditutup..Wah dasyat...Tapi kadar kemalangan di sini sangat rendah..hairan kannn...
Menu febret saya disini ialah Nasi Beriani Aryan..Ditambah pula dengan kari daging kambing + ayam Tandoori..perggh memang marvellouus...Bertambah la saiz badan macamnie..
Sayu melihat mereka2 yang masih tidur di tepi2 jalan...Teringat pulak satu filem yang bertajuk SLUMDOG MILLIONNAIRE yang berlatarbelakang sisi derita penduduk2 India..

Kais pagi makan pagi, kain petang makan petang...Anda boleh melihat ramai mereka yang tidur bergelandangan di pinggir2 jalan sekitar jalan2 kecil di Amousi Industrial Park. Dalam keadaan begitu, kelihatan pemimpin tempatan membina tugu2 peringatan beliau di taman seluas beratus2 hektar..Batu2 yang digunakan untuk pembinaan diimport dari luar..Lantai marmar yang begitu memancar apabila terkena pancaran matahari..Taman peringatan nie masih lagi dalam pembinaan..Saya sempat masuk seketika..Bag diperiksa dgn teliti..Apabila, Mata saya terpaku melihat beratus2 replika gajah yang lebih tinggi dari saya..Rekabentuk taman nie seperti zaman Cleopatra..Pasti harga pembinaan melibatkan belanja berbillion rupee....Wow..Awesome...Tetapi, saya terfikir seketika..Alangkah baiknya, kos2 pembinaan ini digunakan untuk membangunkan perumahan dan menaik taraf penduduk2 di Lucknow..Jikalau Mahatma Ghandi diingati dengan tugu adalah patut kerana jasanya yang besar kepada tanah besar INDIA keseluruhannya..Hmmm entahlah..Bersama2 lah renungkannya...

Saya sempat meluangkan masa selepas masa kerja ke kawasan bersejarah orang Islam yang dikenali sebagai Binaan Imam Mambara..Masa ketika itu jam 5.30pm...Wow, senibinanya begitu indah dan klasik..Kami upah seorang tour guide yang begitu pengalaman yang begitu mahir selok belok dalam kota misteri itu dan boleh berbahasa inggeris...Kasut mesti dibuka diluar memandangkan ianya adalh tempat suci..Tinggal kasut kat luar pun kena charge 2 rupee..is2.....Kami memilih pengembaraan 30 minit sahaja..Kota tersebut mempunyai jalan2 rahsia yang boleh membuatkan anda tersesat...Banyak direction di dinding yang begitu misteri..Tour guide kami menceritakan sejarah tempat tersebut. Arkitek yang membina kota2 itu dari Iran..Bukan sahaja tempat ibdah, kota itu dijadikan kubu perang...Dinding2 itu diperbuat dari bahan2 yang unik..apabila kita berbisik2 di suatu sudut jauh, kita boleh mendengarnya dengan jelas...Tour guide itu cube buat praktikal..Katanya "Hurry Up"..Wow, begitu jelas sekali katanya..Ini bagai mengelakkan musuh mendengar perbualan..Di dalam kota ini ada lubang2 sistem peredaran udara yang unik dan mengagumkan..

Apa yang boleh dikatakan disini, INDIA memang unik ...Allah menjadikan berbagai2 bangsa di dunia, bagi kita mengenali satu sama lain..Apa yang positif tentang orang India, mereka begitu friendly & melayani tetamu dengan sangat baik...Setakat ini sahajalah lembaran kisah dari India..Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan iktibar..

Wassalam..

Basikal kenderaan utama di Lucknow


Tut tut....comel kan?..


Di kawasan tugu peringatan menteri besar negeri


Kota Imam Mambara di Center of Lucknow

Saturday, April 23, 2011 0 comments By: Wan Remz

MENARA TAIPEI 101

I'm come again...Salam..

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman & fakta tentang menara yang tertinggi di dunia...Idea ini datang setelah saya berpeluang melihat sendiri menara yang antara tertinggi di dunia iaitu Menara Taipei 101,Taiwan pada waktu malam..Kesempatan seketika berdiri di hadapan dan melihat dari ruangan kaca menara tinjau begitu membuatkan saya teruja melihat kesibukan & keindahan cahaya2 lampu bangunan bandaraya Taipei yang merupakan ibu negara Taiwan..Wow..GReat.!!!

Menara yang siapa dibina pada 2004 dengan ketinggian 508 m ini menjadi mercu tanda bandaraya Taipei..Ianya mempunyai lif yang berkepantasan 63km/h ini pastinya membuatkan telinga berdesing apabila tiba sahaja di atas..Ketika naik, lif ini akan gelap..Diatas ruangan atas lif ini, akan keluara imej2 buruj2 yang bergerak..Cantikk...Untuk pengetahuan anda, Menara ini dibina dengan sistem penyerap hentakan/gegaran gempa bumi yang berbentuk seakan2 bola dengan berat 80o tan. Ia dapat megurangkan gegaran/gerakan sebanyak 40%.Anda boleh melihatnya..Seperti KLCC, ruang bawah menara ini mempunyai pusat membeli belah..

Rekod bangunan paling tertinggi dipegang kini ialah Burj Khalifah,Dubai yang berketinggian 828m..Ish2..dasat betul...Hampir2 satu kilometer..

Apa hikmahnya di sebalik semua ini. Sebenarnya kegilaan manusia berlumba2 manusia membina bangunan pencakar langit adalah antara tanda2 kecil hari kiamat..Ayuhh kita beringat2...Dunia kini telah tua dan hampir2 ke penghujungnya.. Apabila ditanya pada Rasulullah, bila berlakunya kiamat..Rasulullah menggambarnya dekatnya kiamat itu dengan menunjukkan isyarat tangan jari telunjuk yang dirapatkan dengan jari hantu..Itu 1400 tahun dahulu..Bersama2 lah kita mengambil iktibar...Wassalam...

Ranking menara tertinggi di dunia


MENARA TAIPEI 101


Dari dalam lif



DAMPER MENARA TAIPEI 101

Wednesday, April 20, 2011 0 comments By: Wan Remz

Kisah Nakornpathom & Setin TUNA

19/4/2011
Salam..


Ini adalah entry yang ke 100 sy..Wahhh..Tidak sangka pula dah menulis blog sebanyak tue..semoga ianya dapat memberi manfaat kepada para pembaca budiman sekalian..Mesti anda tertanya2..apalah maksud Nakornpathom tue..?? Nakornpathom tue salah satu bandar di Thailand..Maksud perkataan tersebut ialah first city..Saya ke sana minggu nie...Ni kali kedua ke negara yang lebih sinonim dengan gajah...Jgn ingat demonstrasi BAJU MERAH je eh...Flight MAS MS 782 menerjah awan memasuki ruang udara Thailand dan mendarat di Airport Suvarnabhumi, Thailand tepat jam 4.30pm waktu Thailand.. Untuk makluman, waktu di sini lewat satu jam dari Malaysia...tapi 6.15pm kat sini dah masuk maghrib...Airport ni memang bz bebenor...bersimpang siur flight dari pelbagai negara..


Setibanya di balai ketibaan, mataku meliar mencari siapalah wakil dari syarikat yang tunggu..Akhirnya mataku terhenti memerhatikan seorang lelaki Thai setengah abad berbaju pink yang memegang sepanduk bertulis En.Ramzi...Wahh..dah jumpe..bisik hatiku yang sedia kecil nie..he...Berjabat tangan lalu aku dibawa ke parkir kereta di luar airport.. Van lama berwarna biru dinaiki..


Perjalanan pun bermula ke Nakornpathom Province. Jaraknya adalah dalam 56km dari Bangkok.. ...Berselilisih lah dengan kenderaan yang berasak2 dan keadaan jalan yang jam..Adooiii..Memang hiruk pikuk suasana bandaraya Bangkok nie...Kelihatan penjual2 makanan ringan dan kalungan bunga menghampiri kereta2 yang berhenti di lampu isyarat bagi menjual barangan mereka..Sepanjang perjalanan pakcik driver tu langsung x tegur..diam jer..Maybe, tak berapa fasih bahasa Inggeris..Setelah menempuh perjalanan yang memenatkan selama 2jam 30 minit..Akhirnya sampai...Tersentak aku dibuatnya dengan perkataan "RIVER HOTEL ,Sir....'hmmm..akhirnya bersuara jugak pakcik driver nie..he..Wahh masa utk rehat...krukk krukk krukk..perutku mula berlagu keroncong..Laporrnya..Tengok dalam list makanan hotel..perghh semuanya daging dan pork..memang tak bleh makan...Mujurlah ada bawk bekalan sket dari Malaysia iaitu sebungkus roti kentang + tuna ayam brand...Alhamdulillah...At least buat alas perut..

Tepat jam 11.00pm.., masuklah tidoq...zzzzzzzzzzzzz...Jumpe lagi di perkongsian yang akan datang..


Wassalam...


Lokasi Nakhonpathom didalam peta Thai

Traffic Jam....Tensen2...


Rezeki malam nie: POTATO BUNS + TUNA

Tuesday, April 19, 2011 0 comments By: Wan Remz

Little Reunion at JB 16-17/4/2011

Salam.

Setelah sekian lama tidak meringankan jari jemari menaip entry blog, akhirnya sy kembali lagi..

hehe..Kali ini story tentang Little Reunion at JB.Macamane bleh reunion nie??Sebenarnya tak plan pun, berjumpa sebab menghadiri majlis kesyukuran sahabat lama, Saudara Safuan & pasangannya ida di Dewan Rumah Alumni, UTM skudai..Watak2 utama dalam reunion ini ialah sy sendiri, abeb, khai, sabri n safuan..Watak tambahan yang muncul2 last2 minit ialah DJ...Cume cik jerul jer xda..Memang gamat abisss...


Hari sabtu tue, aktiviti sebelah pagi dipenuhi dengan majlis kesyukuran dan photografi pengantin outdoor di Putri Harbour Nusajaya...Kesian pengantin, kami dera dengan berbagai2 pose yang sukar n diluar kebiasaan..Maafkan kami yer en safuan..Kiteorang memang suka dera2 org nie...hahha..Memandangkan maghrib dah menjelang, kami bersolat maghrib di Petronas Gelang Patah..Selepas tue menolong safuan mengangkat barang2 ke rumahnya..Habis jer bertungkus lumus tue, kami beramai2 ke Restoran Arena..Pekena air + Otak2 + fries..nyum2..sedappp tue...


Hari Ahad..program santai2 pun bermula..Kami outing ke beberapa jalan2 di JB untuk amek gambar2 menarik..Selepas tu terus jer ke CS untuk Lunch dan ke Angsana..

Yeahh..masa untuk pulang..Bas Express Maju akan bergerak ke shah alam pada jam 5.30pm..Tgh2 mata tercari2 bas Maju tue, terserempak pulak dengan Lili & Suaminya...wahh, nampak bahagia gitu...baru kahwin jugak tue..

Bas sampai terlewat 30 minit..Ape ape pun thanks en khai sebab bagi tumpang rumah & bagi katil yang empukkk...best2...InsyaAllah, moga ukhuwah antara kami semua berkekalan..Harap2 dapat berjumpa dalam Little Reunion yang akan datang..disebabkan semua still bujang, Siapa agaknya yang akan kahwin dulu eh??...tungguuuuu...!!!

Wassalam....

Mempelai yang diraikan..Bagai pinang dibelah2..Selamat pengantin baru..=)


En Sabri..Model back up untuk sesi photografi


Abeb san...Gigih betull..

Tuesday, April 5, 2011 0 comments By: Wan Remz

Baekwoon Plaza,Kimchi,Gwangyang,806,Gimpo

4/4-9/4/2011..


Pelik sungguh dengan tajuk pada entry kali ini..Sebenarnya, semua perkara di atas berkait rapat dengan Korea Selatan..Saya ke sana minggu ini bagi menjalankan tugasan..

Di dalam nukilan saya kali ini, sy akan berkongsi serba sedikit kehidupan disini..

Perjalanan dari KLIA -->INCHEON mengambil masa sekitar 6 jam dengan Korean Airlines...

Lama tue...Biasanya kalau flight ke Asia Timur mesti tgh2 malam..memang mengantuk habiss..

Sampai sana sekitar 6.30pagi..

Dari Incheon International Airport, ambil bas ke Gimpo Airport..Di Incheon tiada flight untuk domestik..Di Gimpo Airport sahaja yang ada..Setelah membeli tiket bas, tunggu jer kat depan airport..Tak lama lepas tue ada la bas yang tertera dihadapannya "GIMPO AIRPORT"..Bas ini macam bas limo..Driver bas siap pakai baju ala2 kapten kapal terbang..Bagasi diletak di ruangan "perut" bas..dan diletakkan nombor pengenalan untuk mengelakkan kesalahan mengambil bag...Perjalanan ke Gimpo Airport mengambil masa sekitar stengah jam...Di Gimpo, kami mengambil kapal terbang ke Yeosu di bahagian Selatan Korea..Berdekatan dengan tempat yang dituju iaitu GwangYang..Flight tengahari..Kena la tunggu 3 jam..

Sy & rakan2 menetap di Baekwoon Plaza..Hotel yang disediakan untuk pelawat2..Bilik no 806..Alhamdulillah, selesa jugak..Ada internet & ada TV..Beresss...Kemudahan yang disediana seperti bilik sterika, bilik membasuh & air minum..Yang speselnya, air minum ini, cawannya adalah kertas bentuk kon..Air memang tak tiris keluar..Teringat pulak KERTAS TURAS macam belajar sains tingkatan 3...hehehe..Jimat & lebih mesra alam jika dibandingkan penggunaan cawan kertas...

Di Korea, makanannya tak jauh berbeza dengan Malaysia..Makanan biasanya dimasak..Kalau kat China, Japan & Taiwan suke makanan yang mentah2 & sup..Orang disini suka makan sayur yang pelbagai..Dalam satu mangkuk nasi, akan diletak bersama2 dengan sayur-sayur..Kemudian digaulkan dengan nasi2..Di samping nasi bersayur, ada disediakan bersama2 menu2 yang lain seperti seafood dan sayur pedas..Sayuq pedas ni biasanya kobis dipanggil Kimchi disini...Boleh tahan sodapp.....Hmmm...makin 'sihat" la badan nie nanti..he

Okey..masa untuk merehatkan diri...

Semoga urusan disini dipermudahkan...Amin..Wassalam..



Cawan ala2 kertas turas.Dijamin x bocor..



Nyum2..sayuq...sayuq...


Di dinding lif Baekwoon plaza ada tanda amaran..."Jangan bunuh diri melalui terjun tingkap"..he



Alhamdulillah..rezeki makan malam ari nie.Banyak sayuq..


Nasi sayur-sayuran + sup sayur + kimchi...




Domestic Korean Air...

Friday, April 1, 2011 1 comments By: Wan Remz

Sekilas kisah di Kuantan, Pahang

29-30/4/2011

Selepas menunaikan solat Subuh..Perjalanan ku bermula jam 6.45am dari bumi Shah Alam..

Titisan hujan membasahi keretaku sejak dari perjalanan bermula dari Lebuhraya Pantai Timur hinggalah ke bumi Pahang..

Perjalanan dirasakan begitu panjang...Ada la dalam 3 jam perjalanan...Demi tugas & tanggungjawab, penat lelah memandu ku telan jua...Sampai2 terus ke Kawasan Industri Gebeng...Inilah pengalaman pertama ku menjejak kaki ke bumi Pahang..Sebelum nie, hanya singgah sebentar di stesen Bas Kuantan disebabkan dulunya sy pernah belajar di Kolej Matrikulasi Teras Timur, Terengganu...Jadi, kiranya macam tak pernah sampai la jugak...he

Setelah selesai tugas..Check in Hotel Vistana milik YTL...Rehat2 jap..Kata kawanku Jerul, jarak dari situ ke Pantai Telok Chempedak dkat jer...So, ptg tu pergi la layan blues menikmati keindahan pantai Telok Cempedak..First time sampai...Deru angin Laut China Selatan begitu kuat sekali...Ditambah pula desiran ombak kuat memukul pantai...Kelihatan riang tawa anak2 berlari2 di pesisir pantai..Tetapi tidak boleh mandi..Bahaya tue..Di pesisir pantai ni, banyak kedai2 cenderamata & kedai makan dibuka..Ditambah meriah pula dengan adanya KFC & MC'D yang dibuka 24 jam...Hujan renyai2 membasahi pada penghujung petang..Masa untuk pulang ke hotel..Malam ni ada temujanji dengan En Azrul..Katanya nak bawak makan tempat yang best...Dalam migrain2 die pun sanggup datang jenguk..Jauh tu dari rumah.Thanks cik jerul..Kami makan di sebuah kedai makan ikan bakar..Memandangkan dah kul 10pm, tak makan la yang berat2..Ringan2 jer sambil menikmati keenakan kepok lekor kuantan..Sedappp..Ikan banyak dan kurang tepung..Kalau beli area selangor, memang x rasa ikannya..


Besoknya sambung keje kat area semambu & pulang ke Shah Alam..


Akhir kata, yang istimewanya tentang Kuantan ni ialah Signboard..Banyak sekali signboard yang memerli pemandu2 yang tidak mematuhi peraturan jalan raya..Antaranya sperti gambar di bawah...hehe



Wassalam...



P/S: Pantai Cahaya Bulan, Kelantan belum sampai lagi nie...



Signboard PERLI

..

Keindahan Pantai Telok Chempedak




Kelihatan sang monyet sedang menunggu mangsa...he

.

Indahnya..Damai fikiran...Hilang stress.


Menara peninjau .

Saturday, March 26, 2011 0 comments By: Wan Remz

Hujan emas di negeri orang.....

21.3.2011~25.3.2011..

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri...
Lebih baik di negara sendiri...
Begitulah antara pepatah popular yang selalu saya gunakan di akhir karangan ketika menjawab soalan SPM suatu ketika dahulu....
Dulunya belum mengerti maksud pepatah tersebut secara mendalam..Tetapi kini lebih mengerti...Saya baru pulang dari menjalankan tugasan di bumi Taiwan...Seminggu disana banyak mengajar diri menghargai keindahan & nikmat di Malaysia...Terutamanya dari aspek makanan...Pilihan yang ada ialah seafood n makanan ala2 jepun...Risau jugak kat sini sebab tawan nie keseluruhannya pulau...Menurut rakan2 di sana, Taiwan nie sekali sekala dilanda Typhoon berkelajuan 200km/j dan gempa bumi berskala kecil..Alhamdulillah, semuanya selamat di sana..Tugas di Taichung & Kaohsiung dapat diselesaikan..
Taichung ialah bandar perindustrian...Dari segi aspek tarikan pelancong, agak kurang disini..Yang paling femes disini ialah Night Market Fengjia..Antara pasar malam terbesar di taiwan..Lokasinya begitu hampir dengan universiti..Dibuka setiap hari sehingga larut malam...
Pasar malam nie popular dengan jualan makanan dan pakaian gaya taiwan..Kalau gerai makanan tu, boleh dibungkus balik ataupun makan disitu...Gerai yng paling bnyk orang ialah gerai Tauhu Busuk..Baunya memang busuk..tapi sedap kata Mr Chan...hmm..tak try la...hehhe..Makanan mentah pun dijual..Antaranya encik katak..eksotikk tue...
Pakaian-pakaian memang tak kena fesyen gaya Malaysia..Semuanya gaya muda-mudi taiwan..
Cube mencari benda2 unik yang xda di Malaysia..Akhirnya , jumpa satu alat unik..Ianya untuk mengurut kepala..Diperbuat dari logam yang berbentuk seperti jari halus...Harga rm5...
Bandar Kaohsiung pula popular sebagai bandar perindustrian dan bandar pelabuhan..Sy & rakan2 menetap di Hotel Ambassador yang terletak betul2 di hadapan LOVE RIVER...Dari tingkap bilik sy di tingkat 14, bleh nampak sungai ni sehingga ke laut...Indahnya..Love river satu ketika dahulu dipenuhi dengan kotor.. Namun, atas inisiatif kerajaan, sungai ini telah diperindahkan dan dinaik tarafkan sebagai sungai perlancongan..Memang bersih dan tiada bau busuk seperti dahulu...Ada bot2 penumpang yang lalu lalang membawa pelancong pusing2 di sepanjang sungai ini..Di pinggir sungai dinaik taraf seperti waterfront di Kuching..Ada laluan untuk pejalan kaki, orang nak jogging dan berbasikal...Restoran2 terbuka yang ada persembahan live musikal..Memang happening dan suasana hidupp..Kalau menurut Mr Chan, pada penghujung Tahun Baru Cina di bulan Februari , ada persembahan bunga api...Di tepi pelabuhan, ada kawasan yang diberi nama LOVE PIER tempat kapal2 berlabuh..Yang istimewanya, ada satu tempat tinggalan kolonial England (embassy) di kawasan bukit..Dari kawasan bangunan ini, kita boleh melihat ke kawasan kapal2 berlabuh, bandar2 di tepi pelabuhan dan pulau Cijin...Memang cantikk....Yang letihnya nak menapak naik bukit ni..curam tue walaupun berjalan tar...Dari kawasan pelabuhan ke pulau cijin hanyalah 5 minit...Yang istimewanya ttg pulau Cijin ini ialah produk makanan lautnya,rumah apinya dan pantai yang berombak besar...
Itulah sajalah perkongsian untuk entry kali ini..
Moga pengembaraan mencari ilmu ini mendapat keberkatan dari Allah...Amin..
Wassalam.
.
Di hadapan bekas bangunan kolonial British..

Kenderaan unik..Siap boleh "gostand"lagi.

Feri adalah pengangkutan utama ke Pulau Cijin..Bagi kenderaan bermotor, ada terowong ke sini...


Pandangan malam di LOVE RIVER..Memang meriah habis...Bangunan yang ketiga tinggi tu ialah Hotel Ambassador...


Posing seketika di Love Pier..X jauh dari hotel..
Satu-satunya bot paling cute..Bentuknya seperti bas sedang merentasi banjir..hehe



Dari pandangan tingkap bilikku di hotel ambassador..Terbentang indah Love River...Yang tugu tepi sungai tu adalah kombinasi Naga & Ikan..
Bot pelancongan merentasi Love River..Ala2 Sg. Melaka gitu...


Pandangan pusat bandar Kaohsiung dan pelabuhan dari atas bukit yang adanya british kolonial embassy
Kesibukan di bandar kecil Pulau Cijin.


Kulit siput pun boleh buat bisness.Harga 30NT satu..Lebih kurang RM3,20.

Antara makanan2 laut yang dikering dijual di pasar besar Pulau Cijin


Makanan siput yang eksotik di Pulau Cijin
Pasar Malam Fengjia, Taichung

Alat2 mengurut kepala fenin dan badan di pasar malam Fengjia

Makanan febret saya: Buah2 tempatan..SMILE


Sunday, March 20, 2011 0 comments By: Wan Remz

dari KL ke TAICHUNG

20/3/2011
Tak lama dulu ada satu filem yang bertajuk dari JEMAPOH ke Manchesteer...tak tahu la apa dah jadi dengan filem tue...Ceritanya tentang cita2 anak muda nak ke manchester..(kalau x silap la)...Sebenarnya itu bukan subjek utama entry kali ini..Tetapi tentang perjalanan jauh untuk ke bandar perindustrian Taichung, Taiwan...

2.20pm-Perjalanan bermula dengan China Airlines dari KLIA.
6.50pm-Tiba di Airport Taipei.
7.00pm-Naik Taxi ke stesen High Speed Train Taoyuan..
7.57pm- Train bertolak...
20.35pm- Tiba di stesen Taichung
9.00pm- Check in hotel...
Nak cerita sedikit tentang latar belakang bandar Taichung.
Bandar ini adalah bandar ketiga terbesar di taiwan selepas Taipei & Kaohsiung.Ia terletak di barat Taiwan..Populasi di bandar ni jer nak mencecah 2.6 juta..Dasyat2...Motor skuter & basikal ala2 mountain bike adalah pilihan utama di sini..Ok..Mata pun dah mengantuk nie..Selamat Malam....Subuh pukul 5 pagi nie..
Besok bermulalah tugasan..Moga dipermudahkan urusan & ditambahkan ilmu oleh Allah...Aminn...Chayokkk chayokk.
.
Lokasi bandar Taichung di dalam peta taiwan & High Speed Train...

Wednesday, March 9, 2011 0 comments By: Wan Remz

MESJID RAYA AL-OSMANI & NASI PADANG

9/3/2011
Kedua2 perkara pada tajuk diatas ada kaitannya dengan bumi Medan Indonesia..
Pertama kali menjejakan kaki di bumi Indonesia mengajar saya erti kesyukuran dengan limpahan rahmat & nikmat Allah di tanahair tercinta..Melihat di sekitar bandar MEDAN ini, kehidupan penduduknya begitu sederhana..Majoritinya penduduk disini beragama Islam..
Makanan pertama yang dirasai disini ialah Nasi Padang..Pertama kali merasai makanan ini..Cara hidangannya begitu berbeda...Air basuh diberi dahulu.. Kemudian diberikan air kosong..Dan disusuli dengan nasi putih..Selepas itu, berbagai2 jenis lauk dihidang secara serentak...Ayam ada, petai ada, ikan ada..Pendek kata macam2 ada..Menurut kata En HENDRA,memang begitu caranya...Bayaran akan dikira berdasarkan lauk apa yang terusik / dimakan...Tapi cara masakannya begitu menyelerakan..Minuman jus juga berbagai..Ada jus terung belanda, ada jus avocado...Jus oren disini dikenali sebagai jus jeruk..Memang puas hati..
Selepas menyelesaikan urusan kerja, singgah solat jamak zohor & asar sebentar di suatu masjid lama berwarna kuning hijau yang dikenali sebagai Mesjid Raya Al-Osmani...Kelihatan seperti telah dibina 20 tahun dahulu..Tetap utuh bertahan..
Kubur2 betul di perkarangan masjid nie..Di hadapan masjid ini ada beduk untuk memanggil org datang ke masjid..Teringat plak kat lagu Raihan.." Beduk berbunyi, gemparkan alam sunyi,berkumandang suara azan"....Semoga Allah menurunkan barakah kepada ahli jemaah masjid dan penduduk sekitarnya..
Ada la belajar beberapa perkataan indonesia:
GRATIS- percuma (free)
Manchit- sibuk ( jam)
Rambu- lampu isyarat..
Cumi-sotong
Semangka -tembikai
Dorong-tarik

Renung2 kan dan selamat beramal..=)
Langit indah di kala senja mendatang..
Mesjid Raya Al-Osmani, Medan.


Inilah Jus Terong Belanda..Buahnya salah satu spesis terung...



Bersama2 Pak Hendra menikmati Nasi Padang.