Tuesday, April 5, 2011 By: Wan Remz

Baekwoon Plaza,Kimchi,Gwangyang,806,Gimpo

4/4-9/4/2011..


Pelik sungguh dengan tajuk pada entry kali ini..Sebenarnya, semua perkara di atas berkait rapat dengan Korea Selatan..Saya ke sana minggu ini bagi menjalankan tugasan..

Di dalam nukilan saya kali ini, sy akan berkongsi serba sedikit kehidupan disini..

Perjalanan dari KLIA -->INCHEON mengambil masa sekitar 6 jam dengan Korean Airlines...

Lama tue...Biasanya kalau flight ke Asia Timur mesti tgh2 malam..memang mengantuk habiss..

Sampai sana sekitar 6.30pagi..

Dari Incheon International Airport, ambil bas ke Gimpo Airport..Di Incheon tiada flight untuk domestik..Di Gimpo Airport sahaja yang ada..Setelah membeli tiket bas, tunggu jer kat depan airport..Tak lama lepas tue ada la bas yang tertera dihadapannya "GIMPO AIRPORT"..Bas ini macam bas limo..Driver bas siap pakai baju ala2 kapten kapal terbang..Bagasi diletak di ruangan "perut" bas..dan diletakkan nombor pengenalan untuk mengelakkan kesalahan mengambil bag...Perjalanan ke Gimpo Airport mengambil masa sekitar stengah jam...Di Gimpo, kami mengambil kapal terbang ke Yeosu di bahagian Selatan Korea..Berdekatan dengan tempat yang dituju iaitu GwangYang..Flight tengahari..Kena la tunggu 3 jam..

Sy & rakan2 menetap di Baekwoon Plaza..Hotel yang disediakan untuk pelawat2..Bilik no 806..Alhamdulillah, selesa jugak..Ada internet & ada TV..Beresss...Kemudahan yang disediana seperti bilik sterika, bilik membasuh & air minum..Yang speselnya, air minum ini, cawannya adalah kertas bentuk kon..Air memang tak tiris keluar..Teringat pulak KERTAS TURAS macam belajar sains tingkatan 3...hehehe..Jimat & lebih mesra alam jika dibandingkan penggunaan cawan kertas...

Di Korea, makanannya tak jauh berbeza dengan Malaysia..Makanan biasanya dimasak..Kalau kat China, Japan & Taiwan suke makanan yang mentah2 & sup..Orang disini suka makan sayur yang pelbagai..Dalam satu mangkuk nasi, akan diletak bersama2 dengan sayur-sayur..Kemudian digaulkan dengan nasi2..Di samping nasi bersayur, ada disediakan bersama2 menu2 yang lain seperti seafood dan sayur pedas..Sayuq pedas ni biasanya kobis dipanggil Kimchi disini...Boleh tahan sodapp.....Hmmm...makin 'sihat" la badan nie nanti..he

Okey..masa untuk merehatkan diri...

Semoga urusan disini dipermudahkan...Amin..Wassalam..



Cawan ala2 kertas turas.Dijamin x bocor..



Nyum2..sayuq...sayuq...


Di dinding lif Baekwoon plaza ada tanda amaran..."Jangan bunuh diri melalui terjun tingkap"..he



Alhamdulillah..rezeki makan malam ari nie.Banyak sayuq..


Nasi sayur-sayuran + sup sayur + kimchi...




Domestic Korean Air...

0 comments:

Post a Comment