Tuesday, December 7, 2010 By: Wan Remz

DAMAINYA KUCHING,SARAWAK.

Stress stress stress..Begitulah kata2 yang mungkin kadangkala terkeluar apabila menghadapi situasi yang teruk dan bertimpa2..Sesungguhnya semua ini adalah ujian Allah...Kerja juga kadang2 boleh menyebabkan stress jiwa..
Apabila stress, bacalah doa di bawah:
Doa ini dibacakan oleh Nabi Ibrahim sebelum dicampakkan ke dalam api oleh kaumnya:

Maksudnya: "Cukuplah Allah (sebagai penolong) kami, dan ia adalah sebaik-baik pengurus (kepada segala urusan kami) "
Surah Ali Imran, ayat 173
Sy ke Kuching, Sarawak baru2 nie..
Ini adalah pengalaman pertama ke sana...Cuaca di sana tidak jauh berbeda dengan di semenanjung.. Pagi cerah, petang hujan..Cume waktu Subuh awal..
Apa yang spesel dengan Kuching ini ialah bangunan2 yang cukup klasik ala2 zaman kolonial dan banyak hotel samada budget ataupun berbintang2..
Sy duduk di hotel berdekatan dengan Waterfront Sg. Sarawak...Kenalah hati2 jugak, takut2 ada BUJANG SENANG..he...Di sepanjang pesisir sungai, anda boleh melihat bangunan2 pentadbiran negeri yang menarik, Dewan Undangan Negeri, Astana dan lain2 lagi..Bagi yang berminat menyelusuri sungai2 ni, perkhidmatan seperti bot penambang di sediakan..Harganya, rm 19 / trip..Kalau yang nak naik Sg Sarawak cruise adalah kena bayar dalam RM 50 jugak lah..Kalau time matahari terbenam, lagilah mahal sket..Kalau just nak menyeberang sahaja, bayaran yang dikenakan oleh bot penambang hanyalah RM0.50 sahaja...
Sepanjang di sana, sempat jugalah berjumpa sahabat lama , Abeb & Rudy .Dieorang ada bawak gi makan Mee Kolok & Laksa Sarawak..Memang nyaman (sedap)...Dua2 tue ex-housemate time kat Johor dulu...Janganlah melepas peluang mencari kek lapis sarawak dan ikan terubuk masin sebagai buah tangan..Sedapp..
Ok..setakat ini sahaja...Wassalam.....
Bangunan kolonial yang kini menjadi muzium tekstil
Bot penambang...Gagah betul pakcik nie kayuhh perahu tue..
Tanda baguuss...En Rudy cool jer...Tahniah dah ada baby sorang..
MEE KOLOK...Nyaman rasanya...Macam meggi slurppp..
Kucing & anak2nya..Meoow meoow
Night at the museum..errghhh
Di hadapan arca pelik..Mcam bentuk spider pun ada.
.

Sg. Srawak cruise

0 comments:

Post a Comment