Sunday, May 30, 2010 0 comments By: Wan Remz

Balik Kampung !

Bersempena dengan cuti Wesak ari jumaat yang lepas, sy mengambil kesempatan balik ke perak..Bestnya dapat jumpa famili..shah alam--->lumut ambil masa dalam 3.5 jam jer...Shah alam ke bidor ikut highway..Exit tol bidor terus ikut jalan lama sampai ke lumut...Ada orang advise, kalau lalu jalan area bidor dan telok intan cube elakkan selepas kul 11 malam..Katanya bahaya.. Maybe, banyak rompakan kot time2 macam tue (think +ve) ..lagipun jalan area situ memang x berlampu dan agak gelap,,ergggh...glup...ape pun safety first..kalau kereta rosak area situ malam2 tak tau camner.hu...better balik awal...
Moral: Walaupun dimana shaja anda berada, Hati2 di highway dan jalan raya...Jgn biarkan diri anda diselubungi misteriiiiii....

Cuaca cerah dan ceria

erghh..glup glup (gambar hiasan jer)

Friday, May 21, 2010 1 comments By: Wan Remz

KURSUS ISO 9001

Alhamdulillah, lega rasanya biler dah berjaya menghabiskan kursus ISO 9001:2008..Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari bermula pada 17/5~21/5 di Hotel Grand Blue Wave,Shah Alam...
Mahal yuran course nie..Mujurlah Sirim sponsor..Apa yang dipelajari dalam course nie adalah sesuatu yang baru di dalam hidup sy, sebelum ni di Panasonic lebih kepada product development..Memang x sentuh langsung bab2 iso nie..Yang tahu, kalau auditer datang kena kemaskan file and simpan confidential/controlled document dalam loker yang berkunci..hehe..So, dengan adanya course ni dpatlah membuka cabang ilmu yang baru dalam hidup nie..
Antara intipatinya course nie:
1) Belajar konsep & teknik audit.
2) Belajar elemen utama dalam ISO 9001
3) Assignment yang banyak
4) Makan yang banyak lagi sodap
Seramai 22 orang dari pelbagai industri dan institusi pendidikan join course nie.Yang suspennya, semua yang dtg ada tittle manager dan Dr...rasa kerdil plak diri nie...tapi xpe niat datang nak belajar...Trainer untuk course dibawa khas dari Australia iaitu Mr. Scott Fraser dari 3GS...Mr Scott nie kelakar orangnya..Jadi tiadalah boring sgt...Die pun boleh sebut beberapa patah perkataan melayu antaranya ialah makan, sate kajang,cun giler,anak lelaki, anak perempuan, durian dan jangan risauuu...hehe...

Di entry kali nie, sy selitkan beberapa gambar kenangn sepanjang kursus nie..
Mr Scott & me

Menarik kan?

Gelagat Dr Johan & Dr Rahman dari UTM

Sy & Mr. Rahimi

Bergambar beramai2 di akhir course

Serius betul Mr Scott nie..Seram beb..
Sunday, May 16, 2010 0 comments By: Wan Remz

Program 26: FARAWELL BBQ

Pada sabtu minggu lepas, satu majlis perpisahan telah diadakan oleh rakan2 FAX mecha. Majlis ini diadakan di rumah Abg Rai..Majlis kali ini diadakan dalam bentuk BBQ.Majlis perpisahan ini ialah untuk sy, amran, awe dan suhizan...Rasanya inilah kali pertama dinner diadakan secara BBQ..Meriah abis..Kenyang bebenor dibuatnya kata org perak..he..Berbagai menu disediakan antaranya ayam bakar, kerang bakar, ikan bakar, otak2, meehon, roti jala dan berbagai2 lagi...
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibar secara langsung/tidak langsung.
.






RONA RONI KEHIDUPAN DI SHAH ALAM

Shah Alam begitu sinonim dengan kepesatan pembangunan, pusat pengembangan ilmu peringkat tinggi dan kebanjiran industri2 multinasional & antarabangsa..Sekarang sy berada di seksyen 7..nak gi keje kat seksyen 2 pun hanya ambil masa sekitar 10-15 minit sahaja..memang jimat minyak keta...Yang bestnya seksyen 7 nie sebab sgt berdekatan dengan UITM. Kalau dekat dengan kawasan pelajar, tentunya restoran2 makanan tumbuh pesat sepertimana cendawan tumbuh selepas hujan...Antara yang popular ialah restoran hakim, restoran khalifah dan macam2 lagi..Untuk persaingan, pastinya dekorasi kedai sgt menarik...Tetapi dari segi harga, agak mahal sedikit berbanding di JB...Tetapi hidup harus diteruskan..Mkan tetap makan..Bak kata cikgu sekolah saya dulu, makan lah untuk hidup, bukan hidup untuk makan...
Wassalam...
Saturday, May 8, 2010 0 comments By: Wan Remz

PROGRAM 25: ZOO JOHOR

Memandangkan banyak barang yang belum selesai diangkut dari umah lama, sy telah merancang turun ke SKUDAI minggu nie..Kesempatan yang ada nie, sy,abeb n khai bercadang ke zoo johor dan surver barang komputer..Seawal jam 8am kami dah gerak ke jalan Mahmodiah JB untuk mencari tempat breakfast..Akhirnya jumpalah kedai klasik. kedai ni klasik sebab bnyak memaparkan gambar tokoh2 terkenal tanahair termasuklah Kerabat Diraja Johor dan artis2 lama seperti P.Ramlee..Terpaku dibuatnya apabila melihat gambar hitam putih tersebut yang belum pernah disaksikan..Makan bleh tahan la..Kami makan kuih2 jer..Selepas perut pun dah terisi, kami terus gerak ke ZOO JOHOR..Bayaran masuk hanya RM2 jer..Murah kann...Sempat la amek gambar haiwan2 yang cute tue.. Cume tak sempat nak bergambar dalam sangkar harimau....hehe..Antara haiwan disitu ialah spesis burung, orang utan, buaya, musang, harimau, tapir dan lain2 lagi...Letih jugak pusing2..Setelah kira2 3 jam disitu, kami gerak ke BANGUNAN LANDMARK untuk survey barang komputer...Kalau2 free, bleh la jalan2 kat ZOO johor.. Support la industri perlancongan kita..Wassalam

Teh Tarik..Nyum

Abeb & Khai kusyuk makan

3 jejaka idaman malaya..ehem2


Camel tersesat sampai di bumi johor

HARI PERTAMA DI SIRIM

5/5/2010 adalah hari pertama di Sirim QAS..Masuk keje tepat jam 8am..Perjalanan ke tempat keje dari seksyen 7 hanya 15 minit..Hari pertama biasalah bz dengan HR.Banyak document nak kena isi..Selepas itu terus ke Jabatan Pensijilan produk (Mecha)..Diperkenalkan dengan staff dan boss..Dalam fikiran sy mula terfikir, bagaimanalah nak menempuh hari2 seterusnya di sini...hmmm...Hopefully, everything fine..
"Every winner never quit, every quitter never win"
CHAYOK!!
Sunday, May 2, 2010 1 comments By: Wan Remz

MY LAST DAY AT PANASONIC SENAI

Inilah entry yang paling menyedihkan untuk ditaip..

Pada tanggal 30/4/2010, sy telah mengakhiri perkhidmatan di Panasonic System Network Malaysia Sdn Bhd.Setelah 3 tahun, 1 bulan dan 25 hari bertugas di situ, berbagai pengalaman suka & duka telah ditempuhi. Bekerja di Panasonic adalah pengalaman pertama sy bekerja tetap..Masih teringat2 lagi kenangan semasa mula2 masuk kerja.Sy mula berkhidmat pada 5/3/2007..Masa tue masih lagi belum mengerti apa tentang cara kerja di RND..Alhamdulillah, sepanjang 3 tahun nie, banyak pihak yang memberi tunjuk ajar dan membantu.Terima kasih diucapkan kepada boss Mr EGuchi & Mr Afiz..Tidak dilupakan juga rakan2 sekerja di FAX MECHANICAL..Anda semua adalah yang terbaik...ARIGATO GOZAIMAS!!
Minta maaf banyak jika ada salah dan silap..Halalkan makan & minum..
Walaupun berat untuk membuat keputusan bertukar kerja nie, tapi hidup perlu diteruskan..
Ilmu perlu dipertingkatkan..Alhamdulillah, sy dapat offer keje di SIRIM QAS Shah Alam..Doakan kejayaan sy. Saya juga sentiasa mendoakan kejayaan anda..Semoga penghijrahan ini dirahmati Allah dan dikurniakan rezeki yang halal lagi baik..Aminn..
"FASA HIDUP BARU AKAN BERMULA"
Disni sy kongsikan beberapa gambar kenangan di hari terakhir sy di Panasonic...
Wassalam.
Sy & Carton box team
Suhizan, Abg hadi & sy.

ENTITI MISTERI DI HUTAN BANDAR JB

Pada malam jumaat yang lepas bersamaan 29/4/2010 yang baru berlalu, krew "GHOST HUNTER"telah membuat serbuan ke hutan bandar JB. Krew ini terdiri daripada Azrul, Abeb & sy sendiri..Kami menerima laporan dari pengawal keselamatan Hutan Bandar tersebut bahawa mereka telah beberapa kali terserempak dengan kelibat makhluk yang menyeramkan dan menegakkan bulu roma...errrggh..Setelah makan2 Chicken Chop dan Lamb chop di Kedai Makan Mak Ngah di Hutan Bandar itu, kami terus bergerak ke lokasi kejadian..Hasil daripada kecanggihan alat2 perakam gambar kami iaitu digital camera Canon, beberapa entiti misteri dapat dirakam..Kalau ada masalah gangguan sila hubungi kami..Kalau ada masalah kewangan jangan sekali2 call kami..hehe..
Semoga diri anda dan keluarga tidak diselubungi misteriiiiiiiiiiiiiii..
moral: Manusia itu adalah sebaik2 makhluk ciptaan Allah..Maka bersyukurlah..:)


Team GHOST HUNTER: sy, azrul & abeb


Muka azrul yang paling serius pernah sy tengok..
.
Wajah berseri2 umpama rembulan..he
.

Seram Lagi Menyeramkan...

Kelibat entiti berlari anak sekitar jam 8.39 malam
.Kelibat makhluk berjalan sekitar jam 9.02 malam