Saturday, November 27, 2010 0 comments By: Wan Remz

DETOX PATCH

Sekarang nie, rakyat Malaysia dah mula mempunyai kesedaran terhadap penjaggan kesihatan...Dah ramai yang jogging dan mengambil ubat2 kesihatan tambahan... Sy juga tidak ketinggalan untuk mencuba salah satu ubat untuk mengeluarkan toksin..Ubat nie dikenali sebagai DETOX PATCH...Memang ramai testimoni dari oranng yang memakainya berpuas hati dengan produk nie. Warna hitam akan kelihatan pada patch selepas semalam dipakai..Secara saintifiknya tidak dapat dibuktikan apakah kandungan hitam itu adalah toksin di dalam badan @ tidak..
Sy pun mencubanya..Kali pertama memakai, warna hitamnya lebih pekat..Dan kali kedua pakai, wrna itu kelihatan pudar...Lihatlah hasilnya di bawah:

Tuesday, November 16, 2010 0 comments By: Wan Remz

SUVARNABHUMI AIRPORT, BANGKOK

Salam..Selamat menyambut HARI RAYA AIDIL ADHA buat muslimin dan muslimat sekalian...Moga2, suatu hari nanti kita semua dapat menyambutnya di Tanah Suci, Makkah...
Ketika ini sy masih lagi berada di bumi Shah Alam...Sy tidak dapat pulang ke kampung semalam disebabkan ada tugas di negara jiran kita, Thailand selama 2 hari.. InsyaAllah, sy akan bertolak sesudah sembayang raya di Masjid Negeri Shah Alam..
Di kesempatan ini sy, ingin berkongsi serba sedikit pengalaman di Suvarnabhumi Airport, Bangkok...Semalam flight pulang ke Malaysia adalah pada jam 8.30 malam..Tetapi saya sudah tiba di airport sekitar jam 3pm..Awalnya...Bosan gak tak tahu nak buat apa...Ni dah kira macam citer "TERMINAL" la jugak yang agak popular suatu ketika yang lalu.He.Apa yang penting, pihak airport juga menyediakan kemudahan surau di tingkat 3. Jadi, ini memudahkan muslim menunaikan solat.
Di bawah ni adalah beberapa gambar yang sempat diambil bagi mengisi masa terluang:

Antara tarikan senibina Thailand


Salah satu tugu peringatan di dalam airport

Kemudahan surau di tingkat 3 untuk muslim

Jam dijadikan bahan promote HOTEL MUSLIM


Salah satu pernyataan yang menarik perhatian sy di dalam surau itu.

Saturday, November 13, 2010 0 comments By: Wan Remz

Nan'an City,Fujian, China P.R

SALAM..Diharapkan2 pembaca2 sekalian sihat hendaknya.
Alhamdulillah, sy telah selamat pulang ke tanahair setelah hampir seminggu 9-13/11 berada di China atas urusan kerja di sana...

9/11/2010:
6.30: Bertolak dari Shah Alam ---> KLIA dengan WAJA LIMO..
9.30: Pesawat AIRBUS A330 MAS berlepas.First time, naik flight berjam2..Cuak jugak dibuatnya..
1.50pm: Tiba di XIAMEN airport..Suhu sekitar 20 darjah celcius.. Sampai jer kat CIQ, sy kena tahan sebab suhu badan yang tinggi..Maybe, terkezut dengan suhu yang sejuk di China.Dalam pemeriksaan, suhu badan mencecah 39 darjah celcius..Pergghh..Kena tahan jab.Risau gak kalau kena kuarantin..Mujur la tidak ditahan, hanya diberi surat kesihatan..Selepas itu, ada wakil kilang ambil..Terus bergerak dari Xiamen ke Nan'an City, Fujian..Perjalanan ada lah dalam 1jam 30 minit..Sepanjang perjalanan dapatlah lihat kehidupan orang China..Cara pemanduan sangatlat merbahaya.Dah jadi satu budaya dieorang suka tekan hon. Di China, pemanduan secara LEFT SIDE.
3.00PM: Tiba di Hotel Nanan & rehat..
6.00PM:Gi keluar makan.. Time tu dah gelap..Masa di Fujian sama jer dengan Malaysia..Cume kat sana maghrib dalam pukul 5.20PM..AWAL TUE...Selepas tu berjalan2 jap di sekitar pekan Nanan City..

10-12/11/2010 Menjalankan kerja2...Chayok2..

13/11/2010:
8.30pm: Breakfast di Hotel..Makan kenala hati2..dalam sayur pun ada daging b***..Makanan yang boleh dimakan macam Roti Bakar, Ubi Rebus, kuih kaya, buah2, telur rebus...Perghh kalau dok sebulan kat China, sure kurus dibuatnya..
9.30am: Singgah di kilang sekejap, untuk salam perpisahan..Dalam bahasa China, dipanggil Zaijian..Maknanya SELAMAT TINGGAL..
10.00am: Bergerak ke XIAMEN..
11.30AM: Lunch di XIN JIANG MUSLIM RESTAURANT...Makanan kat situ memang enak.. Antara makanan yang paling sodap SATE KAMBING GERGASI...sedap sehingga menjilat lidi dibuatnya.. Memang x jumpe kat Malaysia...hehehe
1.00pm: Check in.
3.10pm: Berlepas pulang ke Malaysia dengan PESAWAT AIRBUS A330 MAS..
7.30pm: Tiba di KLIA...Wah rindunya kat Malaysia.. HOME SWEET HOME..
------------------------------------------------------------------------------------
Pengalaman di China adalah suatu memori yang tidak dapat dilupakan. Walaupun begitu, kehidupan di Malaysia jauh lebih baik.Di sana, golongan yang susah begitu susah..Sehinggakan kaum wanita yang banyak bekerja di sektor pembinaan..Kalau yang kaya, terlebih kaya..Memang x jumpe kereta2 lama kat sana.. Sume kereta import jer.. Tapi x nampak pulak keta PROTON..he..Bersyukurlah dengan apa yang ada di negara kita...Bak kata pepatah. " Hujan Emas di Negara Orang, Hujan batu di negera sendiri,lebih baik negara sendiri...


Wasssalam..

Posing jap di Taman di tengah2 bandar Nan'an City

Nan'an City di waktu malam

Di hadapan Hotel Nanan

Sate Kambing Gergasi di Restoran Muslim Xin Jiang



Baguih punyerrrrr..Sejuk tue


Gambar kenangan dengan Mr Jiang

Telatah kanak2 di dalam flight..Cutenyaa..!




Thursday, November 4, 2010 0 comments By: Wan Remz

Yeah! Pulang ke kampung

Balik kampung dari definisi seorang perantau adalah suatu yang sangat dinantikan..Perasaan rindu berjumpa mak abah n keluarga membuak2 setelah berbulan2 tidak pulang...
Dalam masa yang sama, ingin menziarahi dan menjaga mak sy yang mengidap penyakit scleroderma...Dulunya badan mak cukup berisi, kini semakin susut..Dulu dia mampu berjalan, kini bergerak dengan kerusi roda..Sayu hati ini, bile die berkata "kalau mak sihat n boleh berjalan, mak akan masak sedap2 untuk along"..Semoga mak terus tabah menghadapi dugaan Allah ini..Semoga Allah memberi kesembuhan kepada mak..Aminn.."Ya Allah, berilah aku hidayah dan petunjuk-MU, agar aku menjadi anak yang soleh yang sentiasa dapat berdoa untuk kebahagiaan & keampunan ibu bapaku di dunia dan akhirat"...

Hari ini sy akan pulang ke kampung, sempena cuti deepavali ini..3 Hari..kepada semua yang akan pulang ke kampung, berhati2 di jalanraya..ingatlah orang yang tersayang..
wassalam..