Saturday, December 18, 2010 0 comments By: Wan Remz

KENDURI AMIR & HAJAR 18.12.2010-MUAR

Salam..
berjumpa lagi.

Entry kali ini berkenaan dengan aktiviti mengunjungi majlis perkahwinan sahabat lama iatu AMIR & HAJAR..Kedua2nya adalah sahabat lama semasa belajar di SEK.MEN PANGKALAN TLDM dulu...macam Amir nie pulak same2 sampai time study kat UTM dulu...Bak kata orang, KALAU JODOH TU TAK KEMANA....
XPDC kali ini disertai oleh, sy, apeh & Izat...Macam biasalah naik kereta apeh, Nissan Sentra..he.Sampai di muar dalam pukul 1.00pm..Sesat2 jugak cari rumah amir nier kat Jalan Junid nie...Tema perkahwinan mereka warna diraja iaitu KUNING....Berseri2 betul kedua2 mempelai..Yang mengejutkankannya, majlis kali ni ada 3 pasangan pengantin...Amir & adik2nya dibuat majlis serentak...Baguih punyer..Jimat pun jimat...=)
Setelah puas makan & bergambar pengantin.. Kami berkunjung ke RESTORAN MEE BANDUNG MUOR...Betul2 dekat dengan SM SAINS MUOR...Sodappppp...
XPDC jalan2 cari makan diteruskan ke destinasi kedua iaitu, Restoran PARAMESWARA di perkambungan Ikan Bakar UMBAI..
Tapi sebelum tue singgah sekejap di MUZIUM LEBAH SEDUNIA di ayer keroh..Dapatlah merasa madu free sambil mendapat informasi tentang jenis2 lebah..Kami terus ke Restoran Parameswara, UMBAI..Femes tempat ni...Nak makan pun kena beratur n kena book tempat..Ala2 konsep " siapa cepat dia dapat"...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Antara makan yang diorder:

1. Nasi 3 pinggan
2. Sotong masak tepung.
3. Ikan pari masak asam pedas..
4. Udang masak black pepper.
5. Ikan Jenahak Bakar.
6. Buah Berangan apeh..(pencuci mulut)
7. Sayur kailan ikan masin..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pergghhh..kenyang..samapai krem perut dibuatnya..Makanan kat sini memang sodapp..he..Alhamdulillah..
Dalam kul 8 pm, kami terus bertolak pulang..
Akhir kata, diucapkan selamat berbahagia kepada AMIR & HAJAR sehingga ke akhir hayat..Semoga anak2 lahir nanti adalah anak2 yang soleh & solehah..Aminnn..

AMIR & HAJAR..Bagai pinang dibelah dua

MEE BANDUNG MUOR..Marvellous!!!


Izat posing depan MUZIM LEBAH SEDUNIA..Peaceee!!!

Restoran Parameswara...FULL HOUSE!!!!


Ikan2 FRESH yang sedia untuk dibakar..Nyummm!

Sabar2 apeh & izat ..Tak lari makanan dikejar..hehe

Perkampungan Nelayan berdekatan dengan restoran

Tuesday, December 7, 2010 0 comments By: Wan Remz

DAMAINYA KUCHING,SARAWAK.

Stress stress stress..Begitulah kata2 yang mungkin kadangkala terkeluar apabila menghadapi situasi yang teruk dan bertimpa2..Sesungguhnya semua ini adalah ujian Allah...Kerja juga kadang2 boleh menyebabkan stress jiwa..
Apabila stress, bacalah doa di bawah:
Doa ini dibacakan oleh Nabi Ibrahim sebelum dicampakkan ke dalam api oleh kaumnya:

Maksudnya: "Cukuplah Allah (sebagai penolong) kami, dan ia adalah sebaik-baik pengurus (kepada segala urusan kami) "
Surah Ali Imran, ayat 173
Sy ke Kuching, Sarawak baru2 nie..
Ini adalah pengalaman pertama ke sana...Cuaca di sana tidak jauh berbeda dengan di semenanjung.. Pagi cerah, petang hujan..Cume waktu Subuh awal..
Apa yang spesel dengan Kuching ini ialah bangunan2 yang cukup klasik ala2 zaman kolonial dan banyak hotel samada budget ataupun berbintang2..
Sy duduk di hotel berdekatan dengan Waterfront Sg. Sarawak...Kenalah hati2 jugak, takut2 ada BUJANG SENANG..he...Di sepanjang pesisir sungai, anda boleh melihat bangunan2 pentadbiran negeri yang menarik, Dewan Undangan Negeri, Astana dan lain2 lagi..Bagi yang berminat menyelusuri sungai2 ni, perkhidmatan seperti bot penambang di sediakan..Harganya, rm 19 / trip..Kalau yang nak naik Sg Sarawak cruise adalah kena bayar dalam RM 50 jugak lah..Kalau time matahari terbenam, lagilah mahal sket..Kalau just nak menyeberang sahaja, bayaran yang dikenakan oleh bot penambang hanyalah RM0.50 sahaja...
Sepanjang di sana, sempat jugalah berjumpa sahabat lama , Abeb & Rudy .Dieorang ada bawak gi makan Mee Kolok & Laksa Sarawak..Memang nyaman (sedap)...Dua2 tue ex-housemate time kat Johor dulu...Janganlah melepas peluang mencari kek lapis sarawak dan ikan terubuk masin sebagai buah tangan..Sedapp..
Ok..setakat ini sahaja...Wassalam.....
Bangunan kolonial yang kini menjadi muzium tekstil
Bot penambang...Gagah betul pakcik nie kayuhh perahu tue..
Tanda baguuss...En Rudy cool jer...Tahniah dah ada baby sorang..
MEE KOLOK...Nyaman rasanya...Macam meggi slurppp..
Kucing & anak2nya..Meoow meoow
Night at the museum..errghhh
Di hadapan arca pelik..Mcam bentuk spider pun ada.
.

Sg. Srawak cruise

Saturday, December 4, 2010 0 comments By: Wan Remz

PUSING-PUSING PENANG EPISOD 2

Salam..berjumpa lagi di pusing2 Penang episod 2..
Pada hari yang sama, sy telah meneroka ke Taman Botani...Tak perlu jalan2..Perkhidmatan kenderaan TRAM untuk pusing2 satu taman botani.. RM 2 sahaja...Berbagai2 taman2 yang terdapat didalamnya seperti Taman Orkid & Taman Kaktus.. Perjalanan dengan Tram diserikan dengan telatah2 sang monyet jinak...
Setelah 20 minit di taman botani, sy terus ke BEE GALLERY...Selain daripada menjual2 produk2 lebah, sy juga diterangkan mengenai jenis2 lebah, jenis sarang lebah dan demonstrasi mengesan madu original.
Cara2 untuk mengenalpasti madu original ialah:
1. Letak madu lebah di dalam pinggan
2. Letakkan air di dalamnya.
3. Kemudian, goncangkan beberapa ketika...
4. Jika madu tadi berubah menjadi seperti bentuk sarang labah2, maknanya ia original..
Madu banyak manfaatnya dari segi perubatan sepertimana yang dinyatakan di dalam
Al-Quran..
Selepas tue, terus ke Penang Airport..Jika ada masa, bleh la ke Pulau Mutiara lagi ya...
Wassalam.
.
"The lost monkey"
.

Antara madu yang dijual..

Friday, December 3, 2010 0 comments By: Wan Remz

PUSING-PUSING PENANG EPISOD 1

SALAM...Ketika ini sy masih berada di International Airport Kuching, Sarawak.. Flight delay dari kul 8.00pm ke 10.15pm...Lama tue nak tunggu..Mujur la MAS ada bagi satu kupon makan di KFC sebagai tanda kemaafan kerana flight delay.. Dari kabar yang diberitakan, FLIGHT MH2597 telah delay disebabkan lambat tiba dari MIRI..Maybe, hujan lebat di sana.. Di Sarawak memang asal petang jer mesti hujan.Hujan rahmat agaknya..Sementara masa yang senggang ini, sy akan kongsikan pengalaman seminggu outstation.

Pada 29 & 30/11, sy ada kerja di sebuah kilang di Perai..Pada hari terakhir di sana,sementara menunggu flight ke KL kul 8pm, sy telah mengambil keputusan menjelajah bumi Pulau Pinang tanpa dirancang. Lgpun time tu baru 3.30 ptg..Redahh ajer la...he..

Sy telah mengambil khidmat seorang brader Tour Guide bernama Fendy...Khidmat yang ditawarkan RM25/ SEJAM..Die bawak ronda2 tempat menarik di Penang..Fendy, seorang jejaka yang berumur sekitar 35 tahun tersebut memang petah berkata2 & cerita ttg keindahan Penang..Memang pekat loghat Penangnya..Tempat pertama yang dibawanya ialah tokong Sleeping beauty & tokong burma..Dua2 tempat ni dekat2 jer...Ramai gak pelancong asing yang melawat kat situ....Niat di hati masuk tempat2 macam nie, just nak tgk culture bangsa lain..Di dinding tokong nie, terdapat abu mayat yang dibakar beserta dengan gambar orang yang meninggal tersebut..Begitu cara mereka menyimpannya..Di hati kecil sy terdetik..Indahnya Islam..Allah telah mengajar cara2 mengebumikan mayat melalui burung gagak sejak zaman Qabil & Habil lagi...Dengan cara itu, ianya tidak menyiksa mayat dan mengelakkan bau busuk...Dan pastinya ada hikmah2 yang lain..
Tapi brother Fendy memang sempoi, siap tolong ambil gambar lagi..hehe..Selepas itu, sy di bawa melihat kedai menjual beraneka jenis TEH & KOPI...Teh sahaja dah ada dekat2 30 jenis...Yang saya tahu cume Green Tea, Chinese Tea & Teh Bunga jer...Dengan adanya lawatan nie, barulah saya tahu di dunia ada berbagai2 jenis teh & kopi...Siap bagi rasa lagi..Tapi disebabkan mahal, window shopping jer la...he...

Tak jauh disitu, sy di bawa ke kedai memjual batik.. Siap ada demonstrasi mencanting batik lagi.. Tauke batik siap suruh cuba sekali..Sy bgtau kat tauke batik tu, yang saya takda seni bab batik nie...Die kata takpe, seni/bakat tue perkara nombor dua, yang paling penting mesti ada minat..Bile ada minat, akan ada usaha..Memang berbekas ati mendengar kata2 motivasi tauke batik..Tapi last2 x try jugak, takut merosakkan corak die jer.. Karang bukan jadi bentuk bunga, bentuk lalang pulak jadinya..hehehe...Tak berapa jauh dari tempat tue, ada tempat jual PEWTER, budget nak beli la buat souvenier...Tgk2 harga paling murah pun dekat RM100...perrgh mahal tue...

SIRI KEDUA JELAJAH PENANG AKAN BERSAMBUNG DALAM ENTRY YANG AKAN DATANG..STAY TUNE..

'Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan"

WASSALAM (^_^)

Mai rasa TEH MISAI KUCHING..Jgn tumbuh misai kucing dah la..he



Cukup berseni betul brader nier

macam SHAOLIN

Peluang memegang kopi sebenar.Selalunya terus minum jer