Monday, February 28, 2011 By: Wan Remz

Doakan untuk MASAYUKI MORI san

Bumi Tokyo dilitupi hujan renyai2 diselang seli dengan salji ringan..Perjalanan dari KITA SENJU ke pusat latihan JET di YOYOGI KOEN dengan CHIYODA LINE mengambil masa 40 minit...Sejuk menusuk2 sehingga ke tulang hitam..grrrr..Setelah selesai training pada jam 5pm..Sy & beberapa rakan (mizan, aliff & lokman) ke bandar Yoyogi-Euhara..Tidak jauh..Hanya satu stesen ke hadapan...Apa yang istemewa bandar ini adalah kerana ada masjid..Masjid yang berekabentuk dari timur tengah tersengam indah..Tenang rasanya melihat masjid ini..Masjid ini 2 tingkat..Ruang solatnya di sebelah atas. Manakala di bahagian bawahnya terdapat ruang wudhuk, tandas, ruang untuk program ceramah dan informasi tentang islam..
Maghrib di sini awal dalam 5.30pm...Tetapi di dinding masjid itu dinyatakan waktu azan dilaungkan pada jam 5.50pm..Mungkin 5.30pm tu time org rushing balik kerja..Jika 5.50pm, maybe ramai yang dapat hadir untuk solat berjemaah...
Sementara menanti waktu solat, kami bersolat Tahiyyatul masjid terlebih dahulu..Selesai sahaja solat, tiba2 datang seorang lelaki muda jepun duduk di bahagian belakang masjid...Beliau melihat kehadapan & fokus seakan2 mencari sesuatu..Kami mendekatinya..
Kami perkenalan diri dan bertanya namanya..Namanya MASAYUKI MORI berumur 24 tahun dari Yokohama.. Jauh tempat tue.Dia bukan Islam.Die boleh berbahasa Inggeris kerana beliau pernah bekerja di Australia selama 5 bulan.Tetapi sedikit kurang fasih..Kmai menggunakan bahasa inggeris yg mudah untuk difahami....Kami tanya beliau kenapa datang disini..Jawapannya" I want to find the God"..Katanya die pergi ke banyak2 tempat ibadat pelbagai ibadat untuk mencari tuhan..Tetiba hati kami rasa semacam sebak..Teringat kepada kisah Rasulullah S.A.W ketika kecil, baginda menternak kambing..Baginda selalu melihat ke langit dan bertanya2 siapa pencipta langit...lalu Allah berikan panduan dan memelihara beliau sehingga baginda diangkat sebagai nabi akhir zaman...
Bersambung kepada kisah tadi.. Masayuki ini hendak melihat bagaimana orang Islam solat.. Kami pun menerangkan serba sedikit ttg solat orang Islam & pegangan kalimah tauhid org Islam..Di dalam begnya, beliau tunjukkan beberapa naskah ttg islam yang diambil di bwah masjid..
Azan maghrib pun dilaungkan..Sy & rakan2 pun bersolat...X ramai yang datang..Kebanyakannya orang arab..Satu saf sahaja.. tidak sampai 10 orang yang bersolat jemaah ari tu...
Di sini, selesai solat maghrib, terus buat solat sunat..lepas tu baru wirid & doa...Lepas doa, trus mereka pulang..
Kami ke belakang..Masayuki Mori masih duduk berteleku menghadap ke hadapan..Bagi memudahkan usaha Masayuki mori mendekati islam, kami bertanya kepada salah seorang jemaah di situ bernama Abdul Kadir dimana pusat Islam...Katanya tidak jauh..Berjalan kaki sekitar 15 minit..Kami mengesyorkan Masayoki kesana pada hari biasa kerana ianya dibuka pada waktu pejabat.. Sy, mizan & Masayuki jalan beriringan ke stesen keretapi..Dalam perjalanan , die bertanya ttg Islam. Kami berpisah di bandar Shibuya..
Dalam perjalanan di atas keretapi JR line ke KITA SENJU..Sy memikirkan sesuatu...Sahabat2 ketika zaman nabi telah sampai berdakwah ke negara China..ramai di China yang telah mengenali Islam lebih awal dari kita di Malaysia..Bagaimana dengan Japan?Siapa yang harus menyambungnya ke Japan?Sedar tak sedar, sebenarnya ianya adalah tanggungjawab kita umat Rasulullah S.A.W akhir zaman untuk meneruskan usaha nabi & para sahabat.Umat terbaik yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran....Sebenarnya ramai orang jepun seperti Masayuki Mori tercari2 tuhan sebenar dan hidayah...tapi tiada sesiapa yang membimbing mereka dan mengenalkan mereka ttg Islam...Maka Islam tidak akan berkembang di bumi japan, malah terkubur...Jika orang yang tidak sampai 10 orang yg berjemaah tadi sudah meninggal dunia, apa yang akan jadi dengan masjid dan islam di bumi tokyo ini..Mungkin akan ditutup dan dibangunkan bangunan shopping complex....Ayuh bangun para pelajar islam di Tokyo, ayuh bangun para komuniti Islam yang tinggal di tokyo..bersama2 bangunkan islam disana...sy juga insan lemah..x mampu nak menyampaikan risalah islam seperti sahabat2 nabi lakukan..buat apa yg termampu dan doakan mereka....Doakan MASAYUKI MORI supaya Allah kurniakan hidayah kepadanya & gerakkan hatinya ke pusat Islam..kita hanya berusaha, tetapi hidayah itu dari Allah..Mungkin dari satu orang muda bernama MASAYUKI MORI, kesannya puluhan juta penduduk Tokyo akan mengenali Islam..Begitulah secebis kisah untuk perkongsian bersama...Di bawah adalah gambar kenangan dengan insan bernama MASAYUKI MORI.
Renung2kan dan selamat beramal..Wassalam..
Pintu ke ruang solat utama masjid Yoyogi Euhara
Mr Mizan & MASAYUKI MORI
.

MASAYUKI MORI & ME at SHIBUYA STATION

0 comments:

Post a Comment